Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pempengaruh kewangan, Azraei Muhamad menjelaskan bagaimana kecerdasan buatan (AI) boleh dimanfaatkan sebagai panduan merancang persaraan, namun menegaskan disiplin kewangan dan keputusan manusia kekal menjadi faktor penentu.
Transcript
00:00Kecerdasan buatan AI mampu membantu individu membuat unjuran kewangan pesaraan dengan lebih pantas dan teratur, namun ia tidak dapat meramal
00:09semua faktor yang bakal mempengaruhi kehidupan seseorang dalam tempoh puluhan tahun akan datang.
00:15Pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan Azrahi Muhammad berkata, AI boleh digunakan sebagai panduan awal untuk menganggarkan jumlah simpanan pesaraan
00:24berdasarkan corak perbelanjaan semasa.
00:30Ujannya angka tersebut hanyalah unjuran asas kerana terdapat pelbagai faktor di luar kawalan manusia yang boleh mengubah keperluan kewangan pada
00:37masa hadapan.
00:39Ini termasuk inflasi, perubahan ekonomi global, konflik geopolitik serta turun naik harga komoditi yang sukar dijangka.
00:47Kalau kita nak bersari hari ini, untuk umur-umur kita ini mungkin 30 tahun lagi nak pencet, kena ambil kira
00:54inflasi, mungkin boleh darat dengan 2 lah.
00:561.2 juta. Kemudian 2.4 juta kalau kita punya perbelanjaan lebih.
01:01Jadi kalau nak capai ke angka 3, 4, 5, 6 juta ni, mungkin takkan tercapai ke masa hidup.
01:06Tapi adakah bermaksud kita tak boleh nak bersara? Jawapannya tetap tidak.
01:10Sebab yang bersara yang menjalani kehidupan tu adalah kita.
01:13Jadi yang kita boleh kawal daripada dia, contohnya perbelanjaan kita.
01:16Gaya hidup kita pada hari ini, kita bukannya belanja tu masa bersara tu.
01:22Sebenarnya perbelanjaan tu bermula pada hari ni.
01:25Kalau gaya hidup kita sekarang mewah, kita akan mengharapkan satu persaraan yang mewah.
01:30Kalau hari ni mewah, tiba-tiba bersara tak nak mewah, dia jadikan jadi kekok juga dekat situ.
01:35Sementara itu, situasi geopolitik semasa menunjukkan bahawa teori ekonomi tidak semestinya berlaku seperti yang dijangkakan.
01:41Walaupun peperangan lazim yang dikaitkan dengan kenaikan harga minyak dan emas,
01:45perkembangan terkini menyaksikan harga minyak meningkat,
01:47managelah harga emas pula menurun.
01:50Keadaan itu membuktikan terdapat faktor yang sukar diramal,
01:53bukan sahaja oleh AI, malah manusia sendiri.
01:56Kata beliau, AI boleh membantu membuat unjuran keuangan
01:59dan penasihat keuangan boleh membantu menyusun strategi,
02:02namun tanggungjawab mengawal gaya hidup, perbelanjaan dan disiplin keuangan
02:06tetap terletak pada individu itu sendiri.
Comments

Recommended