Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sultan Hassanal Bolkiah menyambut ulang tahun keputeraan ke-80 pada 15 Julai, selepas memerintah Brunei selama 58 tahun. Baginda kini merupakan pemerintah monarki yang paling lama masih bertakhta di dunia
Transcript
00:00Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bulkiyah menyambut ulang tahun keputeraan ke-80 pada selasa sekaligus menandakan hampir enam dekad pemerintahan Baginda
00:10sebagai pemerintah mutlak negara itu.
00:13Baginda menaiki takhta pada 1967 ketika berusia 21 tahun selepas ayahnya Sultan Omar Ali Saifuddin III turun takhta.
00:24Sultan Hassanal kini merupakan pemerintah monarki yang paling lama masih bertahta di dunia selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada September
00:332022.
00:35Di bawah pemerintahan Baginda, Brunei memperoleh kemerdekaan penuh daripada Britain pada 1984 selepas menjadi negeri naungan British sejak 1888.
00:46Pertumbuhan ekonomi negara turut dipacu asing minyak dan gas menjadikan Brunei antara negara berpendapatan tinggi di rantau ini.
00:54Brunei mengamalkan sistem monarki mutlak dengan Sultan Hassanal memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Keuangan dan Ekonomi serta Menteri
01:03Luar Negeri.
01:05Hasil petroli membolehkan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat termasuk pendidikan dan perkhidmatan kesihatan percuma, subsidi perumahan serta tiada cukai
01:14pendapatan individu.
01:17Baginda turut pernah diiktiraf sebagai individu terkaya di dunia oleh majalah Fortune pada 1988 dengan anggaran kekayaan peribadi sebanyak 25
01:26bilion dolar Amerika.
01:28Sultan Hassanal menetap di Istana Nurul Iman yang diiktiraf jenis World Records sebagai Istana Kediaman terbesar di dunia dengan lebih
01:361,800 bilik.
01:39Baginda berkahwin dengan Raja Isteri Penyiran Anak Hajah Saleha pada 1965 sebelum berkahwin dengan Hajah Mariam pada 1982 dan Arnizaz
01:48Mazhar pada 2005.
01:51Baginda mempunyai 12 orang anak dan telah melantik paduka Seri Penyiran Muda Mahkota Al-Mutadi bilah sebagai bakal pewaris tahta.
01:58Terima kasih.
02:00Terima kasih kerana menonton

Recommended