00:00Kementerian Pertahanan Ameriah Arab Bersatu UAE mengesahkan seorang kru warga India terbunuh
00:05manakala lapan lagi cedera selepas dua kapal tangki minyak miliknya terkena serangan peluru berpandu Iran di Selat Hormuz.
00:13Insiden terbaru itu meningkatkan lagi ketegangan di laluan perkapalan strategik yang menjadi nadi utama bekalan tenaga dunia.
00:22Kementerian Berkenaan memaklumkan dua kapal tangki terbabit, Mombasa dan Al-Bahiyah
00:27menjadi sasaran serangan ketika melalui laluan Selatan Selat Hormuz dalam peairan wilayah Oman.
00:33Kru yang terbunuh berada di atas kapal Mombasa manakala daripada lapan mangsa yang cedera, empat dilaporkan mengalami kecederaan parah.
00:40Menurut Kementerian itu, enam daripada mangsa cedera adalah warga India manakala dua lagi warga Ukraine.
00:46Serangan berkenaan menyebabkan kerusakan material terhadap keduduk kapal selepas kebakaran tercetus di atas kapal.
00:52Bagaimanapun, pihak berkuasa UAE memaklumkan kebakaran berjaya dikawal.
00:56Kementerian Pertahanan UAE mengecam tindakan itu sebagai serangan terang-terangan
01:00dan menegaskan negara itu mempunyai hak sepenuhnya untuk bertindak balas terhadap peningkatan ketegangan tersebut.
01:06Sementerian itu, Pengawal Revolusi Islam Iran IRGC mendakwa
01:09dua kapal tangki minyak besar telah diserang dan dilumpuhkan di Selat Hormuz selepas gagal mematuhi beberapa amaran.
01:16IRGC mendakwa kapal berkenaan mematikan sistem navigasi
01:19serta cuba melalui laluan yang didakwa mempunyai periuk api.
01:23Dalam kataannya, IRGC turut menduduh AS menggalakkan kapal-kapal
01:27menggunakan laluan yang dianggap tidak sah
01:29dan memberi amaran kerjasama dengan musuh penceroboh
01:32hanya akan menyebabkan kerusakan, kelewatan, pembukaan semula Selat Hormuz
01:36serta krisis tenaga global.
Comments