Skip to playerSkip to main content
Prestasi merosot dalam dua PRN menimbulkan persoalan hala tuju DAP dalam kerajaan yang bakal ditentukan pada kongres khas, bulan depan.

Laporan Lanjut:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/pandangan/2026/07/13/dap-di-persimpangan-selepas-prn-johor

Free Malaysia Today is an independent, bi-lingual news portal with a focus on Malaysian current affairs.

Subscribe to our channel - http://bit.ly/2Qo08ry
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Check us out at https://www.freemalaysiatoday.com
Follow FMT on Facebook: https://bit.ly/49JJoo5
Follow FMT on Dailymotion: https://bit.ly/2WGITHM
Follow FMT on X: https://bit.ly/48zARSW
Follow FMT on Instagram: https://bit.ly/48Cq76h
Follow FMT on TikTok : https://bit.ly/3uKuQFp
Follow FMT Berita on TikTok: https://bit.ly/48vpnQG
Follow FMT Telegram - https://bit.ly/42VyzMX
Follow FMT LinkedIn - https://bit.ly/42YytEb
Follow FMT Lifestyle on Instagram: https://bit.ly/42WrsUj
Follow FMT on WhatsApp: https://bit.ly/49GMbxW
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Download FMT News App:
Google Play – http://bit.ly/2YSuV46
App Store – https://apple.co/2HNH7gZ
Huawei AppGallery - https://bit.ly/2D2OpNP

#PandanganFMT #PRNJohor

Category

🗞
News
Transcript
00:01DAP Semakin Tenat Di Johor Tanda Soal
00:05Bukan kalah teruk, tapi cukup untuk buat parti itu fikir semula hala tujuh mereka.
00:12Pada PRN Johor Sabtu lalu, DAP hilang 4 kerusi.
00:17Mereka cuma tinggal 6 kerusi di Don Johor.
00:21Dalam hal ini, saya tertarik pandangan Amin Ishak, pengarang Berita Bahasa Melayu FMT yang ada rumusan tersendiri.
00:29Kata Amin, lebih membimbangkan keputusan itu bukan berlaku sekali.
00:34Sebelum ini, DAP juga tewas di semua 8 kerusi yang ditandingi pada PRN Sabah.
00:39Bila keputusan sama berulang 2 kali, ia bukan lagi sekadar kebetulan.
00:45Ia mungkin satu isyarat daripada pengundi.
00:48Sudah tentu setiap negeri ada cerita berbeza.
00:51Di Johor MCA masih ada pengaruh.
00:54Faktor Menteri Besar On Hafiz Ghazi juga tak boleh diketepikan.
00:59Di Sabah pula, sentimen politik tempatan memang cukup kuat.
01:03Tapi, bila corak kekalahan mula berulang, persoalannya bukan lagi apa berlaku di Johor atau Sabah.
01:10Persoalannya, tanya Amin, adakah pengundi sedang cuba sampaikan sesuatu kepada DAP?
01:16Selama ini, ramai anggap sokongan kepada DAP di kawasan bandar dan separa bandar cukup kukuh.
01:22Namun, keputusan PRN Johor beri gambaran yang berbeza.
01:28Sokongan itu mungkin masih ada, tetapi ia tak lagi boleh dianggap kekal atau datang tanpa syarat.
01:35Cabaran seterusnya, kini di Negeri Sembilang.
01:38Struktur politik di sana agak berbeza.
01:40MCA dilihat tidak sekuat di Johor, manakala Pakatan Harapan pula secara tradisi ada asas sokongan yang lebih kukuh.
01:49Jadi, keputusan di Negeri Sembilang nanti mungkin beri gambaran lebih jelas sama ada apa yang berlaku di Johor sekadar faktor
01:57tempatan
01:57atau benar-benar petanda sokongan terhadap DAP sedang berubah.
02:03Kalau prestasi DAP terus merosot, tekanan terhadap kepimpinan parti pasti akan meningkat.
02:10Lebih-lebih lagi apabila Kongres khas DAP dijadualkan berlangsung pada 16 Ogos nanti.
02:17Kongres itu mungkin jadi antara yang paling penting dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
02:22Bukan sekadar pilih kepimpinan, tetapi juga tentukan hala tujuh parti dalam kerajaan perpaduan.
02:29Setakat ini, setiausaha agung DAP, Lok Sifo, dah beri jaminan semua ahli parlimen DAP akan terus menyokong Perdana Menteri Anwar
02:38Ibrahim sehingga tamat penggal.
02:40Tetapi persoalan lebih besar ialah adakah DAP patut terus kekal dalam kerajaan atau lebih baik kembali menjadi pembangkang.
02:50Kalau kekal dalam kerajaan, DAP masih ada ruang pengaruhi dasar dan terus bawa agenda reformasi dari dalam pentadbiran.
02:59Tapi pada masa sama, parti itu juga perlu kongsi tanggungjawab terhadap setiap keputusan kerajaan termasuk yang mungkin tak popular dalam
03:08kalangan penyokong sendiri.
03:09Sebaliknya, kalau keluar kerajaan, DAP mungkin boleh hidupkan semula imej sebagai parti yang lebih lantang dan bebas bersuara.
03:19Namun, mereka juga hilang peluang untuk mempengaruhi dasar secara terus.
03:25Akhirnya, semua ini bukan lagi sekadar soal menang atau kalah di Johor, tetapi tentang hala tujuh DAP menjelang PRU-16.
03:35Jadi, apa sebenarnya mesej yang cuba dihantar pengundi kepada DAP?
03:41Dan adakah parti itu bersedia berubah atau terus percaya sokongan lama akan kembali?
03:47Jawapannya, mungkin mula diketahui selepas PRN Negeri Sembilan.
03:52Dan lebih penting lagi selepas Kongres DAP pada 16 Ogos nanti.
03:56Baca artikel penuh tulisan Amin Ishak seperti yang tertera.
04:01Saya Zahir Alam, saya Syahir, FMT.
04:04Terima kasih.
04:05Terima kasih.
Comments

Recommended