00:00Kerajaan Perpaduan menghampiri penghujung tahun ke-2-nya dan pilihan raya negeri Sabah semakin hampir.
00:07Perikatan Nasional pula dilihat sedang bergelut dengan perpecahan dalaman.
00:11Isnin lalu pertelingkahan hebat tercetus dalam bersatu apabila ahli majlis pimpinan tertinggi Wan Saiful Wan Jan
00:18menuduh setiausaha agung Azmin Ali dan Ketua Penderangan Tun Faisal Ismail Aziz
00:24menakut-nakutkan ketua bahagian yang terlibat dalam usaha mencabar Presiden Parti Muhyiddin Yassin.
00:31Timbalan Presiden Hamzah Zainuddin memberi amaran kepada ahli parti agar tidak mengamalkan budaya toksit
00:37seperti tikam belakang dan surat layang serta menegaskan bahawa bersatu adalah satu keluarga besar yang mesti kekal bersatu.
00:47Sementara itu komponen utama PN yang lain, PAS, turut berdepan dilema kepimpinan sendiri
00:52apabila persoalan mengenai masa depan Presiden Parti Abdul Hadi Awang
00:57masih berterusan walaupun beliau menang tanpa bertanding pada muktamar bulan lalu.
01:02Satu persoalan yang masih belum terjawab bagi PN ialah siapa yang patut dinamakan sebagai calon Perdana Menteri gabungan itu.
01:10Bersatu menyokong Muhyiddin yang berusia 78 tahun, Hadi mencadangkan hak umur 70 tahun
01:16dan Hamzah 68 tahun disebut sebagai calon alternatif.
01:20Situasi ini menampakkan gabungan itu menuju pilihan raya tanpa pemimpin yang jelas.
01:26Zahar alam ya ya syahir FMT
Comments