00:00Cadangan APCO mahu bertanding menggunakan logo sendiri berbanding Pakatan Harapan pada PRN mungkin dilihat janggal,
00:08kata penganalisis mengambil kira kedudukan Presiden Yvonne Benedict sebagai ketua gabungan itu di Sabah.
00:15Penganalisis politik Alvin Tajari dari Universiti Teknologi Mara berpendapat,
00:21APCO terpaksa berbuat demikian mungkin selepas mengambil kira faktor sentimen Sabah for Sabahans
00:27dan bimbang logo PH berasal dari Semenanjung tidak mampu memikat pengundi.
00:33Mengifatkan cadangan itu sebagai janggal dan sukar difahami,
00:37Alvin berkata perkembangan berkenaan memberi gambaran ketua PH Sabah sendiri tidak yakin dengan kekuatan jentera gabungan tersebut.
00:46Syahrudin Awang Ahmad, penyelidik dari Borneo Geopolitics and Electrical Studies,
00:52pula berpandangan APCO ingin mengelakkan persepsi mereka dikuasai oleh PH sebaliknya mahu tunjolkan perjuangan mereka berpaksikan Sabah.
01:02Kelmarin Iwan berkata parti itu mengemukakan cadangan kepada Majlis Presiden PH untuk menggunakan lambang sendiri pada PRN Sabah
01:10kerana mahu gabungan tersebut mempunyai penonjolan kepada semangat negeri.
Comments