00:00Perikatan Nasional
00:02Perikatan Nasional perlu lebih jelas berkait calon Perdana Menteri yang mahu disokongnya
00:06sebelum menganjurkan sebarang usaha mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim
00:11turun dari kedudukannya, kata Pengurusi Bersih Faizal Abdul Aziz.
00:15Mengulas pengumuman pemuda PAS untuk menganjurkan himpunan turun Anwar
00:20yang akan diadakan pada bulan depan, Faizal berkata pembangkang juga perlu
00:24menggunakan saluran Parlimen dengan mengemukakan usul undi tidak percaya
00:28terhadap Perdana Menteri. Terdahulu Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamuddin
00:33dipetik berkata, keputusan menggantikan himpunan bantahan Akta Pembaharuan
00:38Semula Bandar dengan himpunan turun Anwar adalah susulan tindakan Anwar
00:42memohon imuniti daripada saman sivil difailkan Yusof Rauter.
00:46Sementara itu Faizal berkata, walaupun mencadangkan proses Dewa Rakyat digunakan
00:51untuk mengukur sokongan terhadap Anwar, namun bersih berharap kerajaan
00:55dapat melancarkan pengajuran perhimpunan terbabit.
00:58Katanya ini kerana berhimpun secara aman adalah hak asasi demokrasi
01:02perlu dipelihara dan dihormati walaupun tuntutan itu tidak disenangi kerajaan.
01:07Azrin Zainal, FMT
Comments