Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Kerajaan menyediakan dana geran berjumlah RM1 juta menerusi Downtown Kuala Lumpur Grants Programme 2026 bagi menyokong idea baharu melibatkan aktiviti komuniti, budaya, perniagaan kreatif dan program awam untuk menghidupkan semula pusat bandar Kuala Lumpur.
Transcript
00:00Kerajaan menyediakan dana geran berjumlah RM1 juta menerusi Downtown Kuala Lumpur Grants Program 2026 bagi menyokong usaha menghidupkan semula pusat
00:10bandaraya itu.
00:11Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Hanah Yoh berkata geran bernilai antara RM30 hingga RM100 ribu itu dilaksanakan dengan
00:20sokongan Think City dan terbuka kepada pihak yang mempunyai cadangan baharu untuk pembangunan bandar.
00:26Satu juta, range dia RM30,000 hingga RM100,000 dan ini semua diselaraskan oleh Think City.
00:37Beliau berkata pembangunan bandar tidak hanya bergantung kepada infrastruktur dan bangunan sebaliknya perlu disokong dengan aktiviti serta penibatan komuniti yang
00:46menjadikan Kuala Lumpur lebih berdaya hidup.
00:49Semua pihak yang berminat khasnya yang mempunyai idea-idea baru akan memohon semua kriteria nanti Think City akan bagi dan
00:59saya berharap untuk bekerjasama mendapatkan idea-idea baru untuk menghidupkan Kuala Lumpur.
01:06Infrastruktur, kerajaan dan pihak swasta sedang melabur untuk membina ataupun menaik taraf banyak bangunan tetapi aktiviti itu yang kita nak
01:14dengar daripada pemegang taruh kita, apa jenis aktiviti yang mereka nak dan yang paling penting adalah untuk DBKL terus membuat
01:22town hall untuk mendengar pandangan dan idea daripada semua yang bekerja yang hidup di Kuala Lumpur.
01:28Menurutnya, program itu meliputi idea baru melibatkan aktiviti komuniti, budaya perniagaan kreatif dan program awam untuk menghidupkan semula pusat bandar
01:39Kuala Lumpur.
01:40Hana berkata, Think City akan membantu menyelaras proses berkaitan geran berkenaan bagi memastikan idea yang diketengahkan dapat memberi impak kepada
01:49komuniti dan pembangunan pusat bandar.
01:52Kerajaan mengharapkan geran yang diperkenalkan hari ini dapat menghidupkan lagi downtown Kuala Lumpur pada hari ini dengan pelbagai aktiviti yang
02:01diunjurkan serta peniagaan, komuniti, perlibatan dan sebagainya lagi.
02:06Perkembangan semasa dari semasa akan kami bawakan. Saya Yasmin Ahmad untuk Astro Awani.
02:12Terima kasih.
Comments

Recommended