00:00Audit berkala menerusi Indeks Keselamatan Sekolah boleh dijadikan mekanisme pemantauan bagi memastikan persekitaran sekolah kekal selamat.
00:09Fellow Bersekutu Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu Minda, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Dr. Anwar Ahmad berkata,
00:16penilaian secara sistematik mampu membantu mengenalpasti sekolah yang memerlukan perhatian dan tindakan penambahbaikan.
00:26Amalan Indeks Kesejahteraan Sekolah ini penting kerana kita mempunyai data untuk memastikan sekolah mana yang perlu diberikan perhatian
00:35dari segi kes disiplinnya dan sebagainya. Jadi saya rasa dengan cara ini baru kita dapat melihat dan dapat membantu sekolah
00:44-sekolah yang berada di tahap indeks yang tidak memuaskan
00:47dan dengan cara ini fokus kita untuk meningkatkan keselamatan, kesejahteraan, kegembiraan murid-murid berada di sekolah itu akan dapat lakukan
00:56dengan lebih bersasar
00:57ataupun berfokus.
00:59Menurut beliau, melalui audit yang dilaksana secara berkala, pasukan penilai boleh meneliti aspek keselamatan, kebajikan dan keadaan persekitaran sekolah.
01:08Beliau berkata setiap sekolah mempunyai cabaran berbeza bergantung kepada faktor seperti infrastruktur, jumlah murid, bilangan guru dan kemudahan disediakan.
01:17Dalam part itu, beliau menjelaskan cabaran pengurusan keselamatan semakin besar bagi sekolah yang mempunyai jumlah murid ramai sehingga mencecah ribuan
01:25orang.
01:25Kerana kita tahu ada sekolah berada dalam keadaan yang mungkin lebih baik daripada sekolah-sekolah lain, infranya soal kadang-kadang
01:33ada sekolah mungkin yang mengalami bilangan guru yang masih belum mencukupi,
01:37ada sekolah yang padat dan sebagainya keadaan fizikal yang daif.
01:41Jadi dengan adanya indeks ini, kita tahu sekolah-sekolah yang perlukan perhatian yang lebih untuk diberikan penambahbaikan, dilakukan pembaikan dan
01:55sebagainya.
01:56Beliau menegaskan usaha memastikan keselamatan murid tidak boleh dipikul pihak sekolah sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama antara guru, pentadbir dan ibu
02:05bapa.
02:05Menurutnya peranan ibu bapa dalam memberi didikan berkaitan disiplin, tingkah laku dan hormat terhadap peraturan sekolah amat penting bagi memperkukuh
02:14keselamatan murid.
Comments