00:00Konsep mini estate padi menukarkan tanah tebiar kepada pesawah bagi meningkatkan pengeluaran padi.
00:06Ia telah diwujudkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini melibatkan Kuala Penyu, Kota Belut, Kota Marudu dan juga Tuaran.
00:13Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Dato' Jamawi Jafar berkata konsep ini mampu meningkatkan kos sara diri petani menjelang
00:212030 sekurang-kurangnya kepada 30%.
00:25Tetapi kita telah mengenal pasti beberapa syarikat yang mempunyai keupayaan untuk membangunkan kawasan tersebut maka kita berikan kepada syarikat ini
00:33dan bekerjasama dengan petani-petani tuan punya tanah.
00:38Jadi dengan adanya konsep ini kita akan dapat meningkatkan sara diri sekurang-kurangnya 40% menjelang 2030.
00:46Tambah Jamawi, Kementerian turut mengenal pasti syarikat yang berkeupayaan untuk membangunkan kawasan berkenaan secara bersepadu dengan kerjasama pemilik tanah bagi
00:57meningkatkan hasil pengeluaran padi.
00:59Jamawi berkata demikian sewaktu ditemui wartawan di program jelajah Kebun Dapur di Dewan OKK Rampas, Kilu.
01:07Terima kasih telah menonton!
Comments