Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Penggunaan elektrik oleh sektor pusat data dijangka menyumbang sehingga 31 peratus atau bersamaan dengan 73,274 gigawatt-jam (GWh) daripada jumlah keseluruhan permintaan pada 2035 berbanding tujuh peratus tahun ini.
Transcript
00:00Tenaga Nasional Berhak TNB membekalkan elektrik kepada 36 pusat data yang beroperasi dengan kapasiti perancangan bekalan sekitar 4.5 gigawatt
00:10sehingga suku pertama 2026.
00:13Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau PETRA memaklumkan TNB juga menampung permintaan untuk 23 projek pusat data yang sedang
00:22dalam pembinaan dengan kapasiti permintaan maksimum sebanyak 3.8 gigawatt.
00:30Menurut PETRA, berdasarkan unjuran jawatan kuasa perancangan dan pelaksanaan pembekalan elektrik dan tarif bil 1 palang 2026, permintaan puncak dijangka
00:40meningkat daripada 21.3 gigawatt pada 2026 kepada 33.5 gigawatt menjelang 2035.
00:50Ini dipacu kepesatan kemasukan pusat data dan industri berteknologi tinggi.
00:55Penggunaan elektrik oleh sektor pusat data dijangka menyumbang sehingga 31% atau bersamaan dengan 73,274 gigawatt per jam daripada
01:06jumlah keseluruhan pemintaan pada 2035 berbanding 7% pada tahun ini.
01:12PETRA memaklumkan, dalam konteks peralihan tenaga hijau negara, kerajaan kekal komitet memastikan campuran kapasiti bekalan elektrik negara dioptimumkan melalui penggunaan
01:2370% sumber tenaga bersih.
01:25Ia merangkumi 58% tenaga boleh baharu TBB, 10% hidrogen dan 2% nuklear menjelang 2050.
01:36Bagi menyokong kemasukan TBB yang lebih tinggi dalam sistem pembekalan elektrik negara,
01:41kerajaan telah meluluskan peruntukan keseluruhan perbelanjaan modal berjumlah RM43 bilion kepada TNB
01:47di bawah kerangka kawal selia berasaskan intensif bagi tempoh kawal selia keempat untuk fasa pelaksanaan 2025 hingga 2027.
Comments

Recommended