00:00Semua saluran bagi proses mengundi awal yang berlangsung hari ini akan mula dibuka tepat pada 8 pagi ini.
00:07Wartawan kanan Esro Awani Firdaus Azil kini berada di Ibu Pejabat Polis Kontingen IPK Johor, pusat mengundi awal paling ramai
00:15pemilih.
00:16Dan untuk perincian lanjut, kita terus bersama Firdaus Azil di lapangan. Silakan Firdaus.
00:26Ok baik, terima kasih Nas. Selamat pagi dari Ibu Pejabat Polis Kontingen Johor, Johor Baru.
00:31Ketika kami membawakan laporan ini sekitar jam 7 pagi ini, suasana di pusat mengundi awal di sini masih berada dalam
00:37fasa persiapan akhir menjelang pembukaannya pada jam 8 pagi nanti.
00:41Yang mana kalau kita dapat lihat petugas Suruhanjaya Pilihan Raya serta anggota keselamatan telah mula berkumpul seawal pagi
00:48bagi memastikan semua urusan logistik dan keselamatan berjalan lancar sebelum pengundi mula hadir.
00:53Dan hari ini merupakan hari pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Johor yang melibatkan seramai 24,751 pengundi awal di
01:00seluruh negeri.
01:01Dan seperti yang Nas katakan tadi, jumlah itu 12,041 adalah anggota Angkatan Tentera Malaysia bersama pasangan mereka.
01:0712,710 lagi terdiri daripada anggota polis diraja Malaysia, pasukan gerakan am serta pasangan yang layak.
01:14Yang mana proses pengundian awal hari ini berlangsung di 64 pusat mengundi awal di seluruh Johor
01:19terdiri daripada 53 pusat mengundi PDRM, 11 pusat mengundi Angkatan Tentera Malaysia.
01:25Yang mana apa yang menarik, lokasi yang saya pilih yang saya berada ketika ini merupakan antara lokasi paling signifikan dalam
01:30proses pengundian awal hari ini.
01:32Ini kerana Dewan Polis Simpanan Persekutuan atau PSP No. 2 di IPK Johor mencatatkan jumlah pengundi awal tertinggi bagi kategori
01:40polis di negeri ini
01:41yang mana ia melibatkan 1,338 pengundi berdaftar.
01:45Selain aspek pengundian, tumpuan kami turut diberikan kepada kesiapsiagaan keselamatan
01:51yang mana kalau kita berdasarkan kenyataan Ketua Polis Johor,
01:57Dato' Abdul Rahman Asad, PDRM Johor kini berada pada tahap kesiapsiagaan penuh
02:01bagi memastikan keseluruhan proses pengundian awal berlangsung dalam keadaan selamat, lancar dan juga terkawal.
02:07Sehubungan itu, seramai 3,565 petugas polis telah digerakkan di seluruh negeri
02:13bagi melaksanakan pelbagai tugas termasuk kawalan keselamatan di pusat mengundi,
02:17pengiringan peti undi, kawalan lalu lintas, rondaan pencegahan jenayah,
02:22pemantauan lokasi strategik serta penguatkuasaan semua undang-undang dalam sepanjang tempoh pilihan raya ini.
02:27Polis turut menegaskan bahawa sebarang pelanggaran undang-undang sepanjang proses pilihan raya
02:32akan diambil tindakan secara tegas dan tanpa kompromi.
02:34Setakat tinjauan kami pagi ini, keadaan di sekitar di APK Johor berada keadaan tenang
02:39dan terkawal dengan tumpuan lebih terarah kepada pergerakan petugas seperti di belakang saya
02:43serta persiapan pembukaan pusat mengundi dan sebaik pusat dibuka pada jam 8 pagi nanti,
02:51pengundi awal akan mula hadir untuk menunaikan tanggungjawab mereka
02:54sebelum pusat mengundi ditutup secara berperingkat antara jam 12.30 hari hingga 6 petang
03:01bergantung kepada lokasi dan juga jumlah pemilik.
03:04Seperti lazimnya, nas, kertas undi yang dibuang hari ini tidak akan dikira serta-merta.
03:09Sebaliknya, ia akan disimpan di bawah kawalan keselamatan
03:12sebelum proses pengiraan rasmi dilakukan pada hari pengundian sebenar Sabtu ini.
03:17Secara keseluruhannya, walaupun pengundi awal hanya mewakili sebahagian kecil
03:22daripada keseluruhan lebih 2.7 juta pemilih berdaftar di Johor,
03:26proses hari ini menjadi ujian penting terhadap aspek logistik keselamatan kesiapsiagaan agensi
03:32terlibat menjelang hari pengundian utama pada 11 Julai nanti
03:36yang mana PRN Johor kali ini menyaksikan seramai 172 calon bertanding
03:40bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.
03:43Kami akan terus memantau perkembangan di lokasi ini
03:45dan membawakan kemas kini sebaik sahaja proses pengundian bermula
03:49pada jam 8 pagi nanti dan juga selepas ini
03:52antara tumpuan kami ialah balai polis kempas dan juga
03:57kotak saya adalah wilayah polis marin.
03:59Itu akan kita bawakan perincian kemudian.
04:02Setakat ini, itu sahaja Nas yang boleh saya kongsikan setakat ini.
04:05Seperti yang dapat lihat belakangnya masih terkawal.
04:07Apa-apapun, perkembangan lanjut akan kita bawakan dalam bulletin-bulletin seterusnya, Nas.
Comments