00:00Suspek kes tikam seorang pelajar sekolah di Banting di reman selama empat hari bermula selasa.
00:06Perintah reman itu dikeluarkan oleh Magistrat Mas Linda Selamat di Mahkamah Teluk Datuk.
00:13Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmal Rizal Radzi ketika dihubungi sinar harian,
00:19mengesahkan tempuh reman selama empat hari itu dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.
00:25Sementara itu, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan S. Vijeswari Devi ketika ditemui di luar mahkamah
00:33memaklumkan bahawa anak guamnya merupakan orang kurang upaya atau OKU.
00:39Sebelum itu, pekarangan mahkamah Teluk Datuk menjadi tumpuan petugas media
00:43bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung reman, suspek kes tikam pelajar, sebuah sekolah di Banting.
00:50Bagaimanapun, suspek yang juga pelajar sekolah terbabit berusia 15 tahun tidak kelihatan.
00:57Sinar harian difahamkan suspek telah dibawa masuk ke kawasan mahkamah kira-kira jam 8.10 malam
01:02menaiki kenderaan polis sebelum keluar kira-kira jam 9 pagi.
01:09Bersambsa mudar halian
01:11Bersambsa bulk asian
Comments