Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Felo Bersekutu, Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, MINDA UKM, Dr Anuar Ahmad berkongsi pandangan mengenai pelaksanaan garis panduan keselamatan sekolah yang dilihat masih longgar.
Transcript
00:00Seterusnya kita akan membawa kepada satu perbincangan memberi fokus kepada isu keselamatan di sekolah di bawah tajuk
00:07Garis Panduan Keselamatan Sekolah Sudah Ada? Adakah pelaksanaan masih longgar dan bersedia di talian bersama saya
00:14untuk ketika ini Dr. Anwar Ahmad, Fellow Bersekutu Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Minda UKM.
00:21Assalamualaikum Dr. Anwar.
00:24Assalamualaikum.
00:25Baik Dr. kita melihat kepada beberapa senario yang berlaku sejak kebelakangan ini
00:32tapi kita melihat kepada isu keselamatan di sekolah itu sendiri Dr. saya nak mulakan dengan soalan ini Dr.
00:37Adakah garis panduan keselamatan di sekolah yang sedia ada itu sudah mencukupi
00:42atau isu sebenarnya adakah kelemahan dari segi pelaksanaannya Dr.
00:48Terima kasih Syaf.
00:49Yang pertama sekali kita telah pun mempunyai garis panduan keselamatan
00:54yang telah dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dan saya rasa
00:58kalau kita meneliti garis panduan itu, garis panduan itu mencakupi
01:04keperluan untuk kita memastikan keselamatan anak-anak kita berada dalam keadaan baik di sekolah.
01:09tentu saja dari segi capupan itu mewakili semua bahagian termasuk fizikal, emosi, kebajikan
01:18dan juga soal-soal yang berkaitan dengan persekitaran sekolah.
01:22Jadi pada saya garis panduan itu memandai, mencukupi dan ibu wapa tidak perlu bimbang dengan garis panduan itu.
01:31Tetapi mungkin dari isi pelaksanaan, kita mempunyai lebih daripada 10,000 buah sekolah.
01:38Jadi pada peringkat sekolah, pihak pentadbir sekolah, pihak guru-guru, ibu wapa
01:44pada saya mesti mempunyai kerjasama yang erat untuk memastikan bahawa keselamatan sekolah
01:51sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
01:52Tentu sebagai ibu wapa, Syaf, saya faham dan saya tahu mereka bimbang dengan soal keselamatan anak-anak.
02:01Tentu saja saya rasa KPM telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan keyakinan ibu wapa ini tidak tergugat.
02:08Tetapi kita mesti sentiasa memastikan hubungan ibu wapa, guru-guru, pihak sekolah
02:16dan peringatan-peringatan dan juga nasihat-nasihat diteruskan kepada semua pihak
02:22termasuk murid-murid sekolah kita, anak-anak kita.
02:24Jadi saya rasa kita doakan supaya kes-kes yang berlaku sejak akhir-akhir ini itu tidak berlaku.
02:31Semua pihak mengambil peranan dan juga mengambil tanggungjawab yang lebih serius
02:36dan lebih mewakili semua, seling berhubungan antara satu sama lain
02:42dan saya percaya kalau semua pihak memahami tentang garis panduan yang telah disediakan itu
02:48kita dapat memastikan bahawa keselamatan anak-anak kita pada masa depan akan lebih terjami.
02:54Doktor, saya suka untuk melihat dalam cakupan yang mungkin lebih besar doktor ya
02:58sebab kita tahu tugas guru di sekolah itu selain daripada mengajar, mendidik
03:03dan beberapa perkara lain perlu diutamakan.
03:05Kita bercakap mengenai soal keselamatan, kita bercakap mengenai soal pelaksanaan garis panduan keselamatan
03:10yang telah ada, sedia ada pada ketika ini.
03:11Jadi, sebenarnya sejauh mana pihak sekolah itu mempunyai keupayaan dan kapasiti yang mencukupi doktor
03:18untuk memastikan setiap garis panduan keselamatan itu dapat dipatuhi doktor?
03:24Ya, betul Syaf.
03:27Kita kadang-kadang ada sekolah kita yang mempunyai bilangan murid ribuan orang
03:31dan tentu tidak mudah untuk menguruskan sekumpulan begitu ramai anak-anak murid
03:37di dalam satu kawasan yang kita anggap padatnya, kawasan sekolah itu.
03:42Jadi, di sinilah perlunya ada sumber manusia yang memberi fokus kepada soal keselamatan.
03:49Dan saya percaya KPM telah mengambil beberapa inisiatif untuk memastikan ada petugas,
03:56ada pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk soal-soal keselamatan sekolah.
04:01Ini satu inisiatif ataupun satu langkah proaktif yang saya lihat telah diambil.
04:09Tetapi, seramai manapun pegawai yang kita letakkan,
04:15saya lebih percaya kepada kerjasama antara ibu bapa, guru-guru, pihak tabiran sekolah.
04:22Jadi, ibu bapa mestilah sentiasa mengingatkan anak-anak mereka,
04:26sentiasa memberi nasihat anak-anak mereka, jangan melakukan masalah disiplin,
04:32jangan mengamalkan ataupun melakukan buli dan sebagainya.
04:37Dan saya percaya kalau anak-anak ini sentiasa diberikan ingatan,
04:42nasihat oleh ibu bapa dan di pihak sekolah juga sentiasa memastikan soal keselamatan,
04:48saya rasa ini akan dapat memberikan keselamatan yang lebih baik pada anak-anak kita.
04:54Doktor, banyak perkara yang Doktor sentuh sebentar tadi,
04:56tapi saya suka juga untuk menyentuh mengenai isu pemantauan, Doktor.
05:00Pihak berkuasa yang bagaimana yang diperlukan untuk melakukan bentuk pemantauan
05:05di kawasan sekolah untuk memastikan keselamatan
05:07dan juga adakah pemantauan secara berkala diperlukan
05:12walaupun belum ada kes yang betul-betul macam,
05:14kita tahu ada beberapa kes yang berlaku sejak kebelakangan ini.
05:16Jadi, bagaimana bentuk pemantauan yang diperlukan untuk memastikan garis panduan keselamatan itu dipatuhi
05:21dan juga sekolah itu benar-benar menjadi satu institusi yang selamat
05:24untuk anak-anak belajar dan ibu bapa tidak bimbang untuk menghantar anak-anak ke sekolah, Doktor?
05:29Ya, betul.
05:31Saya pernah mencadakan supaya kita mempunyai apa yang saya disebut sebagai indeks kesejahteraan sekolah
05:38di mana isu keselamatan ini menjadi salah satu daripada komponen di dalam indeks itu.
05:45Bagaimana ia berfungsi maksudnya akan ada pasukan yang akan datang secara berkala ke sekolah
05:51untuk memastikan persekitaran sekolah, keselamatan sekolah,
05:55soal kebajikan sekolah itu berada yang berkada yang baik melalui audit yang dilaksanakan secara berkala,
06:01secara konsisten, kerana kita tahu ada sekolah berada dalam keadaan yang mungkin lebih baik
06:07daripada sekolah-sekolah lain, infranya, soal kadang-kadang ada sekolah mungkin yang mengalami
06:12bilangan guru yang masih belum mencukupi, ada sekolah yang padat dan sebagainya,
06:17keadaan fizikal yang daif. Jadi dengan adanya indeks ini, kita tahu sekolah-sekolah yang perlukan
06:25perhatian yang lebih untuk diberikan penambahbaikan, dilakukan pembaikan dan sebagainya.
06:33Jadi amalan indeks kesejahteraan sekolah ini penting kerana kita mempunyai data untuk
06:41memastikan sekolah mana yang perlu diberikan perhatian dari segi kes disiplinnya dan sebagainya.
06:47Jadi saya rasa dengan cara ini baru kita dapat melihat dan dapat membantu sekolah-sekolah
06:52yang berada di tahap indeks yang tidak memuaskan dan dengan cara ini, fokus kita
06:57untuk meningkatkan keselamatan, kesejahteraan, kegembiraan murid-murid berada di sekolah itu
07:03akan dapat dilakukan dengan lebih bersasar ataupun berfokus.
07:07Doktor-doktor mencadangkan mengenai indeks tadi, indeks kesejahteraan.
07:11Doktor menyentuh mengenai indeks itu. Saya pasti itu antara satu mekanisme yang boleh digunapakai juga,
07:16Doktor. Tapi Doktor, dalam kita mengukur tahap keselamatan sesebuah sekolah,
07:22bagaimana sebenarnya kita mengukur sama ada sesebuah sekolah itu benar-benar selamat
07:26dan bukannya hanya mematuhi syarat di atas kertas mata-mata, Doktor?
07:30Ya. Kalau kita mengambil dari perspektif pendidikan, sekolah selamat ini mempunyai definisi yang lebih luas.
07:38malah kita mahu sebenarnya sekolah-sekolah yang berada di negara kita ini menjadi sekolah yang menyeronokkan murid-murid.
07:45Bukan hanya dia selamat di pinggat asas, tetapi ia memberi kegembiraan, keseronokan, keriangan kepada murid-murid kita.
07:52Sebab itu kalau kita lihat ada kajian-kajian yang menunjukkan misalnya warna cat sekolah juga mempergaruhi anak-anak kita, mood
08:01anak-anak kita.
08:01persekitaran, perudaraan, pencahayaan, komunikasi guru dengan murid, amalan sihat di sekolah dan sebagainya.
08:12Mempengaruhi anak-anak kita dari segi belajar. Jadi bukan sahaja soal keselamatan sebenarnya, tapi soal kesejahteraan anak-anak kita.
08:20Merangkumi banyak aspek. Dan ini semua harus diteliti, dipastikan sebab kajian-kajian yang menunjukkan
08:27kalau anak kita tidak berada dalam keadaan sejahtera, mereka rasa tak selamat, mereka rasa bimbang,
08:34mereka tidak dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik, yang menyeronokkan, yang mengembirakan.
08:39Jadi saya rasa penting untuk kita memberi perhatian kepada soal kesejahteraan ini secara serius dalam sistem pendidikan kita.
Comments

Recommended