Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Menurut pihak kediaman Presiden Elysee Palace, Macron bagaimanapun dilaporkan tidak mendengar letupan berkenaan dan berada dalam keadaan selamat.
Transcript
00:02Ini bulletin awal ni anda bersama saya Sanahaya, tapi sebelum itu kita saksikan dahulu ini berita yang baru kami terima.
00:09Satu letupan bom berlaku berhampiran hotel tempat Emmanuel Macron menginap di Syria pada selasa Istana Elysee.
00:17Dalam satu kenyataan sahkan, Macron tidak terjejas oleh insiden berkenaan dan program lawatan beliau akan diteruskan seperti dirancang.
00:26Tidak lama sejurus insiden, Macron dilaporkan bertemu Presiden Syria, Ahmad Al-Syarah.
00:33Menurut sumber keselamatan Syria, dua bahan letupan meletup perhampiran Hotel Four Seasons yang dilaporkan menjadi lokasi penginapan delegasi Perancis.
00:42Satu daripadanya diletakkan di dalam tong sampah, manakala satu lagi pada sebuah kenderaan yang dipakir berhampiran kawasan berkenaan.
00:52Laporan media antarabangsa, lebih 15 orang dilaporkan cedera termasuk empat anggota polis.
00:58Bagaimanapun setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa tempatan mengenai angka kematian atau kecederaan.
01:06Pihak berkuasa turut menutup beberapa laluan utama dan melancarkan siasatan bagi mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab.
01:13Macron berada di Damshek dan dijadwalkan mengadakan beberapa pertemuan termasuk dengan rakyat Syria selain usaha membina semula Syria menjadi agenda
01:23utama lawatan itu.
Comments

Recommended