00:00Keluarga mangsa gempa bumi Venezuela yang masih belum dijumpai beramai-ramai turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat SAR selepas
00:0812 hari negara itu dilanda dua gempa bumi kuat yang menjejaskan ratusan infrastruktur bangunan.
00:14Usaha berkenaan dijalankan di tengah-tengah peningkatan jumlah korban yang kini mencecah 3,535 orang akibat bencana tersebut.
00:24Antara mangsa yang masih menaruh harapan ialah Elizabeth Leon yang terselamat tetapi telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya selain abang
00:32Ipanya dalam tragedi berkenaan.
00:34Leon masih mencari beberapa lagi ahli keluarganya yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan kompleks perumahan awam di kawasan Carabaleda.
00:42Kompleks berkenaan merupakan sebahagian daripada program perumahan Mission Vivienda antara inisiatif sosial utama yang diperkenalkan semasa pentadbiran bekas Presiden Venezuela,
00:52Hugo Chavez.
00:53Laporan menyebut pasukan penyelamat bersama ahli keluarga terpaksa memecahkan beberapa lapisan konkret secara manual bagi membolehkan akses ke tingkat empat
01:01bangunan yang dipercayai menjadi lokasi mangsa terperangkap.
01:04Menurut pihak berkuasa Venezuela, seramai 16,740 orang cedera akibat dua gempa bumi kuat berkenaan.
01:12Manakala 17,854 penduduk kehilangan tempat tinggal, susulan gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 mankut yang melanda negara
01:21itu pada 24 Jun lepas.
Comments