00:00Kerajaan dijangka membentangkan kertas putih penuaan kebangsaan di Parlimen pada sesi akan datang sebagai langkah memperkukuh persediaan negara berdepan dengan
00:08perubahan demografi dan peningkatan populasi warga emas.
00:13Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata pembentangan kertas putih itu akan disusuli dengan pelancaran rangka tindakan penuaan kebangsaan NAB
00:23sebagai kerangka jangka panjang dalam menangani cabaran negara menua.
00:30Beliau berkata berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, DOSEM, Malaysia telah mencapai status negara menua sejak 2021 apabila penduduk berumur 65
00:39tahun dan ke atas melebihi 7% daripada jumlah penduduk.
00:43Sehubungan itu RMK13 telah mengarus perdanakan persediaan negara melalui pelaksanaan agenda negara menua dan pembangunan rangka tindakan penuaan kebangsaan ataupun
00:57NAB sebagai kerangka jangka panjang yang merangkumi lima teras utama iaitu ekonomi makro dan fiskal, pekerjaan dan kemahiran, perlindungan sosial,
01:10kesihatan sepanjang hayat serta penjagaan jangka panjang.
01:13Kertas putih penuaan kebangsaan sememangnya dirancang dalam RMK13 tapi insyaAllah kita akan cuba untuk bentangkan di parlimen pada tahun ini
01:23sesi akan datang dan akan disusuli dengan peluncuran rangka tindakan penuaan kebangsaan.
01:30Dalam perlitu, Akhman Nasrullah menjelaskan kerajaan turut memperkukuh dasar warga emas negara dan pelan tindakan warga emas negara dengan memberi
01:38penekanan kepada konsep penuaan aktif, sihat dan bermaruah.
01:42Antara inisiatif yang diberi perhatian termasuk pengukuhan sokongan keluarga dan komuniti, pembangunan persekitaran mesra warga emas, peningkatan literasi digital serta
01:53pembelajaran sepanjang hayat.
01:55Beliau berkata sistem penjagaan jangka panjang turut diperkasakan melalui pembangunan model penjagaan berasaskan komuniti, ekonomi penjagaan care ekonomi, latihan penjaga
02:06profesional serta peluasan perlindungan sosial kepada golongan rentan.
Comments