Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Seorang pelajar yang disyaki menikam rakan sekolahnya dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor akan dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting pada Selasa bagi permohonan reman.
Transcript
00:00Intro
00:09Seterusnya ini laporan yang baru kami terima
00:11Seorang pelajar yang disyaki menikam rakan sekolahnya dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Banting Selangor
00:18akan dibawa ke Mahkamah Magistret Teluk Datuk Banting pada Selasa bagi permohonan reman
00:23Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Muhammad Akmal Rizal Razi berkata
00:28Permohonan reman akan dilakukan mengikut Seksyen 117 Kanun Tata Cara Jenayah
00:34Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Kesiksaan kerana cubaan membunuh
00:40Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan
00:46Sebelum ini media melaporkan mangsa berusia 15 tahun cedera di bahagian badan dan bahu
00:52selepas dipercayai ditikam dalam insiden berkenaan
00:56difahamkan suspek yang juga berusia 15 tahun dilaporkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu
01:03dan sedang menjalani rawatan kesihatan
Comments

Recommended