Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Kerajaan Persekutuan memberi komitmen untuk mempercepatkan pelaksanaan projek Transit Aliran Autonomi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi menangani isu kesesakan trafik di bandar raya itu, selain bersedia mempertimbangkan pembiayaan sebahagian kos projek berkenaan.
Transcript
00:00Kerajaan Persekutuan bersedia mempercepatkan pelaksanaan projek transit aliran otonomi ART bertingkat di Juhur Baru
00:08selain mempertimbangkan untuk membiayai sebahagian kos projek berkenaan.
00:13Menteri Pengangkutan Anthony Luke berkata kerajaan komited untuk merealisasikan projek itu secepat mungkin
00:18meskipun pembinaannya dijangka mengambil masa beberapa tahun
00:22memandangkan keperluan mendesak bagi menangani kesesakan trafik di bandar raya tersebut.
00:30Menurut Anthony, beberapa langkah mitigasi trafik telahpun dilaksanakan di Juhur Baru
00:34termasuk memperkukuh sistem pengangkutan awam sediada sementara menunggu projek ART tersebut dimulakan.
00:41Jadi kita lihat apa mekanisme yang paling besar, yang paling penting boleh dilaksanakan.
00:46Tetapi saya tak menolak cadangan daripada Yang Mohamad.
00:49Saya faham Yang Mohamad apa yang dikatakan. Kita nak percepatkan. Saya pun nak cepat.
00:53Saya pun nak cepat bahawa ada satu sistem penyuraian yang baik untuk Juhur Baru.
00:57Tetapi sementara kita belum dapat melaksanakan projek itu kerana dia akan mengambil masa beberapa tahun
01:04ada langkah-langkah mitigasi yang lain yang akan dibuat.
01:08Belia menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Air Hitam, Datuk Seri Wee Kasyong
01:13yang meminta perjelasan mengenai usaha mempercepat pelaksanaan projek
01:16serta peruntukkan pembangunan oleh Kementerian Pengangkutan bagi tujuan itu.
01:21Terima kasih.
Comments

Recommended