00:00Malah forum ini turut menjadi pemangkin kepada pelaksanaan kajian lelaki budiman negara di bawah rancangan Malaysia ke-13
00:10yang akan bermula pada bulan Julai ini selama 18 bulan.
00:17Kajian ini bertujuan untuk membantu kita merangka inisiatif lelaki budiman negara.
00:23Kalau sebelum ini kita sentiasa mendengarkan wanita ikon, wanita yang menjadi diperkasakan tapi kali ini lelaki budiman negara
00:33demi melahirkan golongan lelaki yang berdaya tahan, bertanggungjawab dan mampu menyumbang secara signifikan kepada kesejahteraan keluarga serta pembangunan negara.
00:47Pada masa yang sama perempuan dan tuan-tuan, pemerkasaan lelaki perlu berteraskan prinsip kehormatan gender
00:55iaitu budaya saling menghormati, menghargai dan memuliakan maruah setiap insan.
01:03Lelaki budiman bukanlah lelaki yang mendominasikan, sebaliknya lelaki yang memimpin dengan hikmah,
01:12berkongsi, bertanggungjawab dan menghormati wanita sebagai rakan kongsi dalam membina keluarga.
01:20Lelaki hari ini juga khususnya bapak muda berdepan dengan cabaran yang semakin kompleks.
01:29Selain kos sara hidup dan komitmen keuangan, mereka juga perlu mengimbangi tuntutan kerjaya dengan tanggungjawab sebagai suami dan bapak.
01:40Di samping berdepan perubahan lanskap sosial dan cabaran membesarkan anak-anak dalam pengaruh media digital,
01:50ramai juga yang bergelut untuk menyesuaikan diri sebagai ketua keluarga tanpa sokongan yang mencukupi.
01:58Cabaran-cabaran ini menuntut lelaki bukan sahaja cekal dari segi fizikal,
02:04malah mempunyai daya tahan emosi, kemahiran keibubapaan dan kesejahteraan mental yang baik.
02:14Puan-puan dan tuan-tuan, statistik menunjukkan bahawa cabaran ini tidak boleh dipandang ringan.
02:20Data Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan kadar bunuh diri dalam kalangan lelaki adalah hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.
02:32Manakala Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan NHMS 2023 melaporkan 4.6% penduduk berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan
02:48termasuklah golongan lelaki.
02:50Dalam masa yang sama, tekanan ekonomi terus memberi kesan kepada kesejahteraan keluarga.
03:00Laporan Bank Negara Malaysia menunjukkan hutang isi rumah berada pada paras 84.3% daripada KDNK,
03:11manakala statistik penceraian meningkat 41% kepada 60.457 kes pada tahun 2024
03:24dan tekanan keuangan, kegagalan mengurus nafkah serta konflik rumah tangga yang berpanjangan turut menjadi antara faktor yang menyumbang kepada keretakan
03:37institusi keluarga.
03:39Apa yang saya sebutkan di sini, harap kita sama-sama mengambil iktibar daripada situ
03:44supaya kita dapat menggunakannya sebagai satu panduan kenapa ini berlaku dan adakah ini berlaku dalam keluarga kita
03:53ataupun dalam diri kita bagaimana kita berfikir.
03:55Jadi kebimbangan ini diperkuatkan lagi dengan statistik kes keganasan rumah tangga
04:01yang direkodkan oleh polis di Raja Malaysia pada Januari hingga Disember 2025.
04:08Yang mencatatkan bahawa 95% pelaku adalah lelaki berbanding 5% adalah wanita.
04:17Justru pemerkasaan lelaki tidak boleh dilihat hanya daripada sudut ekonomi
04:23atau peranan sebagai pencari nafkah semata-mata.
04:27Ia perlu merangkumi pembangunan sahsiah, kesejahteraan mental dan emosi, literasi keibu bapaan,
04:37kemahiran pengurusan keuangan serta jaringan sokongan sosial yang kukuh.
04:44Puan dan tuan-tuan yang dihormati sekalian, agenda pemerkasaan lelaki memerlukan komitmen dan kerjasama seluruh masyarakat.
04:55Sehubungan itu, Kementerian telah mewujudkan jaringan pemerkasaan lelaki ataupun Men Empowerment Network iaitu MEN
05:04sebagai platform strategik yang menghimpunkan agensi kerajaan, NGO, ahli akademik, profesional dan individu
05:15bagi menyelaras program, intervensi serta advokasi berkaitan pemerkasaan lelaki di Malaysia.
05:22Jadi mesyuarat melibat urus pemerkasaan lelaki pada 30 April 2026
05:29yang menghimpunkan 18 NGO berteraskan pemerkasaan lelaki.
05:35Men bukan sekadar sebuah jaringan kerjasama, malah menjadi pemangkin kepada pembentukan lelaki budiman negara.
05:47Melalui inisiatif ini, kita mahu melahirkan lebih ramai lelaki yang menghormati wanita,
05:55berkongsi tanggungjawab dalam keluarga, mengutamakan kesejahteraan mental
06:01serta menjadi suami, bapa dan pemimpin yang berintegriti.
06:07Terima kasih telah menonton!
Comments