00:00Soalan saya no.1, minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan halatuju dan usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi penjagaan yang inklusif di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
00:17Tuan-Tuan, apabila kita menyebut tentang penjagaan, sudah pasti ramai antara kita mungkin membayangkan kepada tanggungjawab menjaga warga emas iaitu ibu, ayah atau datuk, nenek kita yang semakin lanjut usia.
00:32Pemikiran ini pastinya dipengaruhi oleh cabaran negara menua yang umum mengetahui sedang didepani oleh Malaysia.
00:40Namun hakikatnya, industri dan ekonomi penjagaan yang dibincang dan dipersiapkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM adalah lebih luas yang turut meliputi penjagaan kanak-kanak serta orang kurang upaya OKU.
00:57Menyedari keperluan dan permintaan perkhidmatan penjagaan yang dijangka akan terus meningkat, KPWKM kini sedang dalam proses membangunkan ekosistem industri penjagaan yang kukuh
01:09melalui pembangunan kerangka strategik dan pelan tindakan penjagaan di Malaysia iaitu 2026 hingga 2030.
01:16Pembangunan kerangka strategik dan pelan tindakan ini juga adalah selari dengan rangka tindakan penuaan kebangsaan
01:26ataupun dengan izin NAB, National Blueprint, yang disediakan oleh kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi
01:34di mana ia antara lain turut menyentuh berkenaan penjagaan jangka panjang ataupun long term care dengan izin yang akan diterajui dan dikawal selia sektor ini oleh KPWKM.
01:48Kerangka strategik ini merupakan dokumen yang telah dibangunkan melalui pendekatan dengan izin Whole of Nations melibatkan kerjasama pelbagai pihak
01:57seperti agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pengajian tinggi, pemain industri dan juga pakar-pakar dalam bidang penjagaan.
02:06InsyaAllah kita merancang untuk melancarkan kerangka strategik ini semasa penganjuran The New Frontiers in the Care Economy Conference
02:15dengan izin peringkat ASEAN oleh KPWKM pada 4 dan 5 November 2025 iaitu pada minggu depan.
02:22Dalam usaha memastikan kelestarian ekonomi penjagaan di negara ini, kerangka strategik tersebut akan mengetengahkan 5 strategi utama
02:32iaitu pengukuhan perundangan dan tata kelola, pembangunan kompetensi dan laluan kerjaya, ketiga advokasi, keempat pemerkasaan kolaborasi strategik
02:42dan kelima penyelidikan teknologi dan data.
02:45Selain itu, industri penjagaan juga turut mendapat perhatian khusus dalam rancangan Malaysia ke-13
02:51seperti terkandung dalam bab 5, strategi D2 iaitu persediaan menuju negara tua.
02:58Salah satu inisiatif di bawah RMK ke-13 yang akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun ini
03:05ialah meningkatkan tahap kompetensi kepada para penjaga.
03:11Menerusi pembentangan belanjawan 2026, kerajaan terus mencerminkan iltizam
03:17membangunkan ekosistem industri ini menerusi pelbagai inisiatif.
03:21Kami di KPWKM merekamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
03:26atas keprihatinan dalam isu penjagaan di Malaysia.
03:29Segala usaha yang diterangkan ini tidak boleh memberi perubahan dalam satu malam
03:34tetapi ia adalah komitmen kerajaan dan KPWKM untuk menyediakan ekosistem perjagaan negara
03:40bagi memastikan kesejahteraan setiap pelabisan masyarakat terjamin.
03:44Terima kasih.
03:47Baik, saya jimput batang lupar.
03:49Terima kasih Yang Amat Menteri atas jawapan yang begitu terperinci.
03:54Yang Amat Menteri, apabila kita bercakap tentang sasaran melahirkan lebih ramai
03:59penjaga, saya pasti kita merujuk dan mahukan penjaga yang berkemahiran.
04:06Untuk mendapatkan kemahiran ini, penyediaan latihan yang berkualiti amatlah penting
04:12untuk melengkapkan penjaga ataupun care worker tersebut dengan ilmu yang sewajarnya.
04:19Jadi, soalan saya kepada pihak kementerian, apakah bentuk latihan yang akan dilaksanakan
04:28ataupun yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan care worker
04:34atau mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang industri ini mendapat latihan yang bersesuaian
04:41dalam bidang penjagaan.
04:42Terima kasih.
04:43Sila, Menteri.
04:45Terima kasih, Mohd.
04:46Terima kasih, Tuan Dipertua.
04:48Ini memang amat kita tunggu-tunggu kerana inilah yang paling penting untuk kita menyediakan
04:54negara kita.
04:55Ya, Tuan Dipertua, bagi memenuhi matlamat dan inspirasi ini, KPWKM menerusi Institut Social
05:01Malaysia ataupun ISM menawarkan kursus peningkatan kemahiran sebagai penjaga ataupun
05:06caregivers. Kursus ini merangkumi aspek penjagaan fizikal, pengurusan emosi, penulisan
05:12laporan perkembangan orang yang dijaga serta pengintegrasian dalam komuniti.
05:18Kursus ini bertujuan menyediakan latihan dalam penjagaan asas kepada penjaga sama ada
05:23di institusi kebajikan JKM, pusat jagaan badan bukan kerajaan NGO, pusat jagaan swasta,
05:30sukarelawan hikmat bantu di rumah KBDR serta individu yang menjaga ahli keluarga yang
05:35mempunyai masalah kesihatan. Penyediaan modul dan kursus seperti ini bukan sahaja
05:42mampu melahirkan penjaga yang berkemahiran tetapi juga mampu menjadi ejen pengubah
05:48dalam beberapa isu utama yang berkait dengan keperluan penjagaan termasuklah
05:53mengelakkan pengabayan warga emas, kedua memperlengkapkan pengetahuan dalam
05:59penjagaan warga emas dan OKU, ketiga mempromosi perhubungan intergenerasi
06:05khususnya antara nenek dan datuk dengan cucu mereka dan keempat galakan dan pemangkin
06:10kepada peningkatan penawaran kursus penjagaan OKU termasuk oleh penjaga latihan
06:17penyedia latihan oleh pemain industri swasta. Sementara itu kita kadangkala terlupa
06:22bahawa industri penjagaan ini bukanlah suatu pekerjaan yang boleh dijalan secara
06:27automated ataupun machine sahaja. Dengan izin ia bukan sekadar satu sektor ekonomi
06:32tetapi cerminan nilai kemanusiaan iaitu sentuhan iaitu kasih sayang, empathy dan rasa tanggungjawab
06:39antara sesama manusia yang perlu ada. Justru penawaran kursus penjagaan ini
06:44bukan sahaja boleh meningkatkan kemahiran penjaga tetapi juga boleh membantu dan memberi sokongan
06:50emosi kepada penjaga. Seterusnya boleh mengelakkan keletihan atau dengan izin burn out
06:56secara fizikal mahupun mental. Sekian, terima kasih.
Comments