00:00Cadangan pembangunan zon ekonomi sempadan BEZ Malaysia-Thailand akan dirundingkan secara dua hala dengan kerajaan Thailand sebelum dilaksanakan.
00:10Menurut Kementerian Ekonomi, rundingan berhubung inisiatif tersebut akan dilaksanakan menerusi jawatan kuasa Malaysia-Thailand mengenai strategi pembangunan bersama bagi kawasan
00:20sempadan JDS atau platform kerjasama dua hala lain yang bersesuaian.
00:27Menurut Kementerian itu, pembangunan zon ekonomi sempadan berupaya menyokong agenda kerajaan Madani dalam merapatkan jurang pembangunan wilayah menerusi pendekatan yang
00:36lebih tersusun dan berfokus.
00:38Ia tergandung dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen bagi menjawab pertanyaan Datuk Fatul Huzir Ayub PN Gerik berhubung status
00:46pengkalan hulu sebagai hub sempadan atau zon ekonomi sempadan Malaysia-Thailand.
00:50Kementerian Ekonomi memaklumkan, satu kajian telah dilaksanakan menerusi pihak berkuasa pelaksanaan koridor utara NCIA dan kini berada pada peringkat penelitian
00:59serta proses libat urus bersama kementerian dan agensi berkaitan.
01:03Berdasarkan kajian tersebut, kawasan yang dicadangkan bagi negeri Perak merangkumi pintu sempadan strategik di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu.
01:11Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Thailand turut sedang memutamatkan kajian seumpama itu dengan kerjasama Bank Dunia bagi menilai potensi pembangunan wilayah
01:20di kawasan sempadan dengan Malaysia.
Comments