Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Dewan Rakyat luluskan RUU Jenayah Siber 2026 yang tangani deepfake dan kandungan intim digital. Undang-undang tekankan semak imbang, bukti niat jenayah serta perlindungan hak asasi dan privasi rakyat.
Transcript
00:00Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan rang undang-undang RUU Jenayah Cyber 2026 yang antara lain memperuntukkan kesalahan dan hukuman berkaitan
00:10pemalsuan digital ataupun deepfake serta penyebaran image intim digital yang dimanipulasi melalui sistem komputer kompleks.
00:19RUU yang mengandungi 61 fasal berkaitan jenayah cyber itu diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahaskan 48 ahli parlimen, kerajaan dan
00:30juga pembangkang.
00:33Timbalan Perdana Menteri Datuk Syed Ahmad Zaid Hamidi berkata, RUU berkenaan tidak memberi kuasa mutlak kepada pihak berkuasa atau mengatasi
00:40mana-mana perundangan lain termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972.
00:44Sebaliknya, tertakluk kepada mekanisme semak dan imbang serta prosedur perundangan yang ketat bagi melindungi hak asasi dan privasi rakyat.
00:52Beliau berkata, kuasa mengakses sistem dan data komputer juga tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya tetapi perlu mematuhi tata cara yang
00:59ditetapkan di bawah undang-undang.
01:01Menjawab kebimbangan bahawa RUU itu boleh mengekang kebebasan bersuara, Ahmad Zaid berkata, undang-undang tersebut memberi tumpuan kepada aspek keselamatan
01:08dan jenayah cyber.
01:09Selain itu, beliau berkata, kandungan yang dijana menggunakan AI tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana ia dihasilkan teknologi berkenaan.
01:17Sebaliknya, pihak pendawaan perlu membuktikan elemen kesalahan termasuk niat jenayah, tujuan penggunaan serta kesan daripada perbuatan itu.
01:24Beliau turut memaklumkan, kerajaan telah menubuhkan Cyber Security dan Cryptology Development Center pada 3 Jun lepas yang menggabungkan Cyber Security
01:33Malaysia dan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia di bawah Agensi Keselamatan Cyber Negara bagi memperkukuh kepakaran termasuk forensik AI.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended