Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Sidang Dewan Rakyat dijangka membincangkan keselamatan dalam talian, keselamatan murid, tekanan PMKS, projek e-ART Johor serta isu keselamatan siber kanak-kanak dan pengguna lebuh raya.
Transcript
00:00Persidangan Dewan Rakyat hari ini dijangka memberi tumpuan kepada beberapa isu melibatkan keselamatan dalam talian, keselamatan murid di sekolah, tekanan
00:09ekonomi terhadap perusahaan kecil dan sederhana PMKS, projek pengangkutan awam serta keselamatan pengguna lebur raya.
00:16Antara soalan yang dijangka mencuri perhatian ialah pertanyaan daripada ahli Parlimen Ampang, Rozia Ismail, kepada Menteri Komunikasi berhubung pembangunan 10
00:26instrumen subsidiari di bawah Akta Keselamatan dalam Talian 2025, Akta 886.
00:35Beliau meminta kerajaan menjelaskan senarai lengkap instrumen berkenaan termasuk objektif kawas selia, kandungan utama, sekot pelaksanaan serta status terkini perbangunannya
00:45selain perancangan kerajaan dalam memperkukuh pendekatan keselamatan dalam talian secara lebih tersusun.
00:50Dalam sesi sama, ahli Parlimen Kuling Bandar Baharu, Ruslan Hashim mengemukakan soalan kepada Menteri Pendidikan mengenai tahap keselamatan murid di
00:57sekolah di seluruh negara.
00:58Beliau mahu mengetahui langkah yang telah diambil kementerian bagi memastikan persekitaran sekolah kekas selamat daripada risiko kemalangan, kes buli serta
01:07ancaman lain yang boleh menjejaskan kesejahteraan murid.
01:10Sementara itu, ahli Parlimen Kalabakan Andi Muhammad Suryadi Bandi meminta Menteri Kewangan menjelaskan tidak akan segera kerajaan dalam membantu peniaga
01:18kecil, penjaja dan PMKS yang berdepan peningkatan kos akibat konflik berpanjangan di Asia Barat.
01:24Menurut beliau, kenaikan kos logistik, harga bahan mentah dan gangguan rantaian bekalan memberi tekanan besar kepada usahawan mikro yang mempunyai
01:31modal terhad sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap kelansungan operasi peniaga Amerika.
01:36Turut menjadi perhatian ialah pertanyaan ahli Parlimen Air Hitam Datuk Sury Dr. Wika Siong kepada Menteri Pengangkutan mengenai status pelaksanaan
01:43projek sistem transi aliran automatik bertingkat di Johor.
01:47Beliau meminta penjelasan sama ada komitmen kewangan kerajaan persekutuan dilaksanakan melalui pembiayaan terus atau modal konsesi bersama sektor swasta selain
01:55unjuran kesesakan trafik yang dijangka berlaku apabila RTS Link mula beroperasi pada Januari 2027 sebelum projek e-ART disiapkan.
02:03Selain itu, isu keselamatan cyber kanak-kanak turut dijangka mendapat perhatian apabila ahli Parlimen Tenum Ridwan Rubin meminta Menteri Dalam
02:10Negeri menjelaskan penilaian risiko sekiranya had umum minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial dilaksanakan.
02:17Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai keupayaan polis diraja Malaysia serta agensi berkaitan dalam menangani jenayah cyber melibatkan kanak-kanak termasuk
02:25tahap kesiap siagaan ekosistem forensik digital negara bagi menyokong penguatkuasaan dasar berkenaan.
Comments

Recommended