00:00Polis diraja Malaysia menumpaskan sindiket curi lori bondet yang aktif di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur menerusi penahanan tujuh
00:09lelaki termasuk dalang utama pada minggu lalu.
00:12Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' M. Kumar berkata sindiket itu dipercayai terlibat dalam 18 kes kecurian lori dengan
00:21anggaran kerugian melebihi 1.2-3 juta ringgit.
00:24Menurutnya, dalang sindiket bertindak menerima tempahan daripada pemilik bengkel sebelum mengarahkan anggotanya mencuri lori yang dikehendaki untuk dileraikan dan dijual
00:35secara berasingan pada harga di bawah pasaran.
00:37Dalam Ops Lejang Lori Bondet, polis turut merampas 5 lori, sebuah kereta, sebuah motosikal, pelbagai peralatan, dokumen syarikat serta risid
00:48pembayaran dengan nilai rampasan dianggarkan RM400,000.
00:52Polis turut membekukan 13 akaun bank bernilai lebih RM280,000 bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut kanun keseksaan dan akta
01:03pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram RM2001.
01:10Terima kasih telah menonton!