00:00Malaysia dan Thailand bersetuju untuk meneruskan perbincangan bagi menyelesaikan beberapa isu perdagangan berkaitan produk pertanian dan perikanan termasuk sekatan ekspor
00:11serta akses pasaran dalam usaha memperkukuh kerjasama keselamatan makanan dan sektor agromakanan antara kedua-dua negara.
00:19Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM memaklumkan perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat dua hala antara Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
00:29Datuk Seri Mohd Sabu dan Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand Surya Jungrung Riyangkit di Wismatani.
00:40Menurut KPKM, pertemuan dimulakan dengan sesi perbincangan empat mata antara kedua-dua menteri sebelum diteruskan dengan mesyuarat dua hala melibatkan
00:48delegasi daripada kedua-dua kementerian.
00:50Malaysia turut mengambil kesempatan memaklumkan kepada Thailand mengenai justifikasi sekatan sementara Malaysia terhadap import lima jenis udang dari Thailand berdasarkan
01:01penilaian teknikal dan maklumat risiko semasa bagi memastikan tahap biosekreti serta keselamatan makanan negara sentiasa terpelihara.
01:11Menurut kenyataan itu lagi, justifikasi sekatan itu akan kekal berkuatkuasa sehingga proses penilaian lanjut selesai dilaksanakan termasuk kemungkinan menjalankan penilaian
01:20di lapangan, perbincangan teknikal berkaitan keperluan import serta pengaturan pensijilan kesehatan.
01:28Dalam mesyuarat itu, Malaysia turut meminta Thailand memudahkan fasilitasi perdagangan di bawah ASEAN Rapid Transit System iaitu laluan kereta api
01:36menghubungkan Malaysia, Thailand, Laos dan China.
01:39khususnya dalam pengeluaran permit khas oleh Jabatan Pertanian Thailand bagi meningkatkan ases pasaran produk pertanian Malaysia ke China termasuk durian.
Comments