Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Industri ekonomi sukan Malaysia kini bernilai RM24.1 bilion dan menyokong hampir 200,000 peluang pekerjaan. Tetapi persoalannya, adakah sukan benar-benar telah berubah menjadi sektor ekonomi strategik, atau sekadar didorong oleh perbelanjaan gaya hidup?
Transcript
00:00Selama ini apabila kita bercakap tentang sukan, tumpuan sering diberikan kepada pingat, kejohanan dan pencapaian atlet.
00:07Namun angka terbaharu daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Dawson, menunjukkan satu realiti yang jauh lebih besar.
00:13Pada tahun 2024, industri sukan negara berkembang 7.8% kepada RM24.1 bilion,
00:21mewujudkan hampir 200,000 peluang pekerjaan serta menyumbang 1.3% kepada KDNK Malaysia.
00:27Persoalannya adakah kita masih melihat sukan sebagai aktiviti rekreasi semata-mata
00:32atau sebenarnya ia telah berkembang menjadi satu sektor ekonomi yang mampu menjadi pekerjaan, pelaburan, ekspor dan juga pertubuhan negara.
00:40Jika benar industri ini semakin matang, apakah dasar dan strategi yang perlu diperlukan
00:46supaya Malaysia bukan sahaja melahirkan juara di gelanggang tetapi turut membina sebuah ekonomi sukan yang mampan dan berdaya saing.
00:53Itu yang akan kita bincangkan bersama Prof. Emeritus Dr. Bajaya Badai, Prof. Malaysia, University of Science and Technology, MUSC.
01:00Saya nak ucapkan terima kasih Prof kerana sediakan masa bersama kami.
01:03Melihat pertama sekali kepada laporan Dawson menunjukkan industri sukan,
01:07kini menyumbang RM24.1 bilion kepada ekonomi negara dan hampir 200,000 peluang pekerjaan.
01:12Jadi adakah ini membuktikan sukan tidak lagi boleh dilihat sebagai aktiviti rekreasi semata-mata,
01:18sebaliknya sudah menjadi sektor ekonomi strategik yang wajar diberi perhatian setanding dengan pelancongan atau ekonomi digital.
01:25Terima kasih, Encik Minah. Bismillahirrahmanirrahim.
01:28Memang benar bahawa sukan adalah sebuah industri yang berdaya maju hari ini
01:35dan dia meliputi bukan sahaja aspek perbelanjaan isi rumah untuk berrekerasi,
01:44tetapi meliputi aspek pembinaan studium dan fasiliti, pembuatan peralatan sukan,
01:52pakaian, pusat kecergasan, pelancongan sukan, penyiaran televisyen, media digital isukan,
02:00pengurusan acara, pemasaran dan penajaan dan pendidikan.
02:05dan jadi sukan adalah satu ekonomi pengalaman atau experience ekonomi
02:14di mana isi rumah hari ini menyedari kepentingan mengimbangi cara hidup
02:21dan mereka gemar untuk pergi kepada aktiviti sukan yang memberi pengalaman.
02:30hari ini sukan lasak, sukan beberapa sukan yang menarik menjadi asas pembangunan sukan.
02:38Masa akan datang kita akan melihat sukan akan menjadi asas nilai tambah yang penting kepada ekonomi kita
02:48melewati angka 1.3% daripada GDP hari ini.
02:53baik itu adalah antara harapan yang boleh kita saksikan ia menjadi antara ekonomi pengalaman
02:58dan mungkin pada masa akan datang kita mungkin boleh mendapati
03:01ataupun merangkumi lebih daripada 1.3% yang akan disumbang kepada ekonomi negara.
03:06Dan Prof, sebagian besar pertubuhan industri ini datang daripada sektor perkhidmatan
03:10seperti gimnasium, acara sukan dan juga runcit.
03:13Adakah ini benar-benar mencerminkan peningkatan produktiviti ekonomi
03:17atau sekadar menunjukkan rakyat semakin banyak berbelanja untuk gaya hidup dan rekreasi sebenarnya?
03:23Pertamanya, di Malaysia sebenarnya keluaran dalam negara kasar kita dipacu oleh perbelanjaan persendirian.
03:33Jadi perbelanjaan persendirian menyumbang penting kepada peningkatan KDNK.
03:39Tetapi di masa yang sama, kita memerlukan pembangunan, perkembangan melalui produktiviti
03:50dan pertumbuhan meningkatkan kecekapan dan kapasiti ekonomi.
03:55Dan ini dibuktikan bahawa industri sukan menyumbang hampir 200 ribu peluang pekerjaan.
04:05Dan di masa yang sama, pelaburan dalam sektor sukan ini juga menyumbang pulangan yang besar.
04:14Misalnya, saya bagi contoh, dalam sektor golf, kita melabur hampir 50 bilion
04:21di dalam membina lebih 195 padang golf.
04:26Dan sumbangannya tiap-tiap tahun adalah lebih 3.1 bilion.
04:32Dan dari segi daya maju, ini adalah satu projek yang berdaya maju.
04:37Dan di masa yang sama, bila padang golf wujud di suatu kawasan,
04:43dia meningkatkan nilai hartanah dan rumah.
04:46Misalnya, secara purata, rumah di keliling padang golf,
04:52nilainya meningkat lebih daripada 150 ribu.
04:55Ini merupakan nilai tambah yang penting.
04:57Itu adalah antara, kita boleh lihat contohnya seperti industri ataupun sektor sukan golf ini
05:05yang telah menyumbang bukan sahaja kepada memberi sumbangan
05:08ataupun dapat meraih sehingga berbilion.
05:11Tetapi ia juga memberi nilai tambah kepada aset perumahan di sekeliling industri ataupun padang golf itu sendiri.
05:16Dan kerajaan juga terus melabur dalam stadium, kompleks sukan dan penganjuran acara bertaraf antarabangsa.
05:21Dari sudut ekonomi, bagaimana kita mengukur sama ada pelaburan ini benar-benar memberikan pulangan kepada negara
05:28dan bukannya menjadi aset yang kurang dimanfaatkan?
05:31Kalau kita bandingkan dengan perkembangan sukan di dunia, nilai industri global, golf tadi hampir 100 bilion US,
05:43bola sepak 65 bilion US, badminton 8 bilion US, bowling 15 bilion, rugby 10 bilion, futsal 7 bilion.
05:54Tapi kalau kita lihat di Malaysia hari ini, nilainya baru 4 bilion misalnya setahun di Malaysia untuk golf,
06:042.5 bilion untuk bola sepak, 600 juta untuk badminton dan sebagainya.
06:11Jadi nilai kita masih kecil dan nilai ini merupakan nilai sumbangan penting kepada ekonomi,
06:19bukan sahaja dari segi perbelanjaan tetapi dari segi kesan pengganda kerana setiap perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah
06:30akan memberikan kesan pengganda ke bawah, dia mewujudkan permintaan, dia mewujudkan peluang pekerjaan,
06:38dia mewujudkan pembekal dan sebagainya.
06:40Dan ini adalah aktiviti yang penting dan akhirnya kita akan menjadi sebuah negara pengekspor aspek sukan.
06:53Hari ini kita mengimport lebih kurang 7 bilion nilai barang sukan tetapi kita mengekspor 15 bilion nilai barang sukan
07:06ataupun nilai aspek sukanan. Jadi ada nilai tambah yang bersih daripada perdagangan luar negara daripada sukan ini.
07:20Dan apabila industri sukan berkembang, mendapat lebih banyak pulangan daripada pelaburan,
07:25siapa sebenarnya yang menerima manfaat terbesar?
07:28Adakah atlet syarikat besar, PKS, tempatan ataupun komuniti setempat?
07:33dan bagaimana kerajaan boleh memastikan limpahan ekonomi ini lebih inklusif?
07:38Okey, memanglah kalau kita tengok secara terus, yang menerima faedah ini adalah pelabur dan pengguna-pengguna terus
07:50dan pembekal-pembekal.
07:52Tetapi kalau kita melihat lebih luas, setiap warga sebenarnya akan mendapat limpahan
08:01sekurang-kurangnya limpahan dari segi persekitaran, dari segi infrastruktur
08:09dan juga macam tadi nilai kenaikan nilai hartanah yang besar dan juga kesan pengganda daripada ekonomi
08:20kerana ia akan menyebabkan ekonomi kita meningkat dengan baik dan ini akan dibayangkan oleh peningkatan ekonomi
08:30dan peningkatan kesejahteraan hidup bagi setiap isi rumah.
08:36Dan Prof, Malaysia sedang mencari sumber pertumbuhan baru dalam sektor perkhidmatan dan ekonomi bernilai tinggi.
08:42Pada pandangan Prof, adakah industri sukan mempunyai potensi untuk muncul sebagai salah satu enjin pertumbuhan ekonomi negara
08:48dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang atau sumbangannya masih lagi terhad?
08:54Okey, hari ini kita sebenarnya kalau kita bandingkan tadi dalam sukan golf saja
09:04Amerika melabur dalam 100 bilion USD di dalam kemudahan golf dan kita di Malaysia melabur 50 bilion ringgit
09:16tapi bila kita ambil kira purchasing power parity sebenarnya kita hampir-hampir separuh daripada US
09:25dengan menjadikan sebenarnya sukan golf ini menjadi satu tumpuan penting di Malaysia
09:32berbanding dengan negara-negara membangun yang lain di Asia misalnya.
09:37Kita di Selangor sahaja ada 60 padang golf misalnya.
09:42Jadi kita akan melihat bahawa tumpuan pelancong datang ke Malaysia
09:49hari ini banyak pelancong yang datang dari Korea dan Jepun semata-mata untuk bermain golf
09:56tetapi dia bukan datang hanya untuk main golf satu hari
10:00tetapi dia datang seminggu atau mungkin dua minggu kerana ingin merasai padang golf yang berlainan.
10:09Jadi itulah perspektifnya di dalam jangka panjang
10:13dia berkait dengan industri pelancongan
10:16dia juga berkait dengan industri kemudahan-kemudahan awam di Malaysia
10:24dan dia akan menjadikan Malaysia sebagai satu tumpuan baru
10:30kepada dunia selain daripada kesihatan, pendidikan dan pelancongan umum.
10:40Jelas sekali industri sukan hari ini bukan lagi sekadar soal kemenangan di gelanggang
10:44atau kutipan pingat ia semakin berkembang sebagai satu ekosistem ekonomi
10:48yang mampu menjadikan pekerjaan, pelaburan, inovasi dan juga perdagangan.
10:52Prof, terima kasih atas perkongsian dan pandangan yang cukup benas bersama niaga awan ini
10:56teruskan bersama kami jangan ke mana-mana niaga awan ini akan berhenti rehat seketika dan kembali selepas ini.
Comments

Recommended