00:00Kembali, bekas menteri pendidikan Indonesia Nadiem Anwar Makarim dicatuhkan hukuman penjara 10 tahun pada selasa selepas mahkamah mendapati beliau bersalah
00:09atas tuduhan rasuah dan kes itu melibatkan perolehan komputer riba Chromebook di bawah program pendigitalan pendidikan negara itu.
00:20Mahkamah Rasuah Jakarta Pusat memutuskan Nadiem menyalahgunakan kuasanya dalam perolehan komputer riba Chromebook dan sistem pengurusan peranti Chrome oleh Kementerian
00:30Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi antara 2019 dan 2022.
00:37Ia menyebabkan kerugian negara sebanyak 1.56 triliun rupiah atau bersamaan 355.5 juta ringgit.
00:46Mahkamah turut mengenakan denda 1 bilion rupiah dengan hukuman penjara gantian selama 190 hari jika tidak dibayar dan memerintahkan Nadiem
00:56membayar ganti rugi 809.59 bilion rupiah atau berdepan hukuman penjara tambahan 5 tahun.
01:03Lapor agensi berita antara, mahkamah memutuskan Nadiem yang mengasaskan syarikat pengangkutan Indonesia Gojek sebelum menyertai kabinet menerima 809.59 bilion
01:15rupiah menerusi syarikat PT aplikasi karya anak bangsa.
01:19Menurut mahkamah, kebanyakan dana syarikat itu berasal daripada pelaburan 786.99 juta dolar Amerika oleh Google.
01:29Mahkamah juga mendapati kesalahan itu dilakukan bersama 4 individu lain, 3 daripadanya telah disabitkan dalam perbicaraan berasingan manakala seorang lagi
01:39suspek masih diburu.
01:41Hukuman 10 tahun itu lebih ringan berbanding permintaan pendakwa untuk penjara 18 tahun bersama denda 1 bilion rupiah dan ganti
01:50rugi 5.67 triliun rupiah.
Comments