00:00Tentera Darat Malaysia memalumkan dua anggota kini dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan akibat insiden letupan senjata ketika menjalani latihan
00:08peningkatan tempur di lapang sasar Kem Hobart, kurun kedah pada petang Isnin.
00:13Anggota Batalion keempat, Regimen Ranger Diraja, Sarjan Mohamad Firdaus, Cik Syahrudin dan Koperal Felix Anak Francis diberikan rawatan kecemasan awal
00:24di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan pasukan.
00:29TDM dalam satu kenyataan pada selasa berkata kedua-dua anggota kemudian dikejarkan ke Hospital Sik bagi mendapatkan rawatan lanjut.
00:36Sarjan Mohamad Firdaus telah menerima rawatan pesakit luar dan dibenarkan pulang ke pasukan manakala Koperal Felix kini menerima rawatan dan
00:45pemantauan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
00:49Menurut TDM, kejadian berlaku ketika sesi latihan tembakan apabila senjata yang dikendalikan oleh kedua-dua anggota tersangkut serta tidak meletup.
00:58Kedua-dua anggota telah melaksanakan tindakan segera mengikut prosedur keselamatan ditetapkan bagi menangani situasi berkenaan.
01:06Namun satu letupan telah berlaku secara tiba-tiba mengakibatkan kedua-dua anggota mengalami kecederaan di kaki akibat terkena serpihan.
01:14Susulan kejadian itu, TDM menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar insiden secara terperinci dan menyeluruh selain menutup sementara lapang
01:24sasa Kem Hobart bagi melancarkan proses siasatan.
01:27TDM memandang serius insiden ini dan akan memastikan aspek keselamatan serta prosedur operasi standar atau SOP latihan sentiasa diutamakan.
Comments