00:00Paraguay mencipta kejutan besar selepas menyingkirkan juara dunia empat kali Jerman menerusi penentuan penalti 4-3 untuk mara ke pusingan
00:0916 terbaik Piala Dunia 2026.
00:12Kedua-dua pasukan terikat satu sama selepas 120 minit permainan sebelum Paraguay memastikan kemenangan dramatik dalam penentuan sepakan penalti.
00:25Jaringan penentuan oleh pemain Paraguay Jose Canali mencetuskan kegembiraan luar biasa dalam kalangan penyokong mereka sekaligus melakar salah satu kemenangan
00:34terbesar dalam sejarah kejohanan itu.
00:36Di Berlin, para penyokong Jerman yang menyaksikan pelawanan di Sony Center Potsdamer Platz jelas terkejut dengan keputusan tersebut.
00:44Seorang penyokong Daniel Moos berkata beliau sukar menerima kekalahan itu meskipun mengakui pasukan Jerman telah bermain dengan baik.
01:12Kemenangan itu menyaksikan Paraguay mara ke pusingan seterusnya di mana mereka dijadual berdepan sama ada Perancis atau Sweden.
01:19Ia juga merupakan pencapaian terbesar Paraguay dalam Piala Dunia sejak kali terakhir mara ke suku akhir pada 2010 selain menamatkan
01:28penantian panjang untuk kembali ke pentas dunia.
Comments