Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
MARA akan memperkukuh pengurusan disiplin di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seluruh negara dengan penempatan warden sepenuh masa daripada bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di setiap institusi berkenaan.
Transcript
00:00Majlis Samanah Rakyat Mara akan menempatkan empat warden bekas Angkatan Tentera Malaysia ETM sepenuh masa di setiap Maktab Rendah Sains
00:08Mara MRSM di seluruh negara sebagai langkah memperkukuh pengurusan disiplin dan keselamatan pelajar di asrama.
00:16Pengurusi Mara, Datuk Ashraf Wajri Dusuki berkata ia akan dimulakan di 10 MRSM di seluruh negara bermula Januari depan.
00:27Maknanya kita mengurangkanlah beban guru-guru yang hakikatnya tidak akan mampu untuk berfungsi secara berkesan sepenuh masa.
00:37Mereka juga harus mengajar pada hari keesokannya. Itu sebab kita mencetuskan idea ataupun inisiatif melantik warden bekas Tentera ini untuk
00:50mereka menjalankan tugas sepenuh masa.
00:52Pelaksanaan itu dibuat selepas kejayaan projek Rintis yang menunjukkan keberkesanan pendekatan berkenaan dalam mewujudkan persekitaran asrama yang lebih terkawal dan
01:02berdisiplin.
01:03Katanya kehadiran warden bekas Tentera juga menerima maklum balas positif daripada warga sekolah kerana mampu membantu mengurangkan beban tugas guru
01:11yang sebelum ini turut memikul tanggungjawab sebagai warden.
Comments

Recommended