00:00Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru pemimpin parti, penyokong serta semua pengundi Melayu supaya mengutamakan calon Melayu dalam
00:09pilihan rakyat umum PRU tanpa mengira parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan NGO.
00:14Menerusi satu hantaran di TRETS pada selasa, beliau berkata orang Melayu akan berhadapan dengan pilihan calon pada setiap PRU yang
00:22menurutnya memberi kesan besar terhadap masa depan tanah Melayu.
00:26Menurut beliau, sekiranya negara ini ingin terus kekal sebagai tanah Melayu, pengundi perlu memilih calon Melayu tanpa memberikan kesetiaan kepada
00:35mana-mana parti atau NGO.
00:37Dalam hantaran sama, beliau turut menyatakan kesetiaan orang Melayu adalah kepada bangsa Melayu sambil menambah identiti calon Melayu akan dimaklumkan
00:46semasa PRU.
00:48Menurutnya, jika kesetiaan itu diberikan kepada parti atau NGO, tanah Melayu akan hilang.
00:54Beliau turut mendakwa tanpa tanah Melayu, bangsa Melayu akan hilang di dunia dan menjadi bangsa yang tidak mempunyai negara.
Comments