00:00Kira-kira 700,000 pemilik kenderaan persendirian di seluruh negara bakal menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 selita
00:08menerusi pelaksanaan budi madani diesel atau budi diesel bermula rabu.
00:14Kementerian Kewangan MOF dalam satu kenyataan pada selasa memaklumkan pelaksanaan itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 400,000 pemilik
00:23kenderaan diesel persendirian di semenanjung Malaysia
00:26serta 300,000 lagi di Sabah, Sarawak dan wilayah Persekutuan Labuan.
00:35Menurut MOF, pelaksanaan tersebut merupakan peluasan ketara berbanding budi diesel individu sebelum ini
00:41yang hanya melibatkan kira-kira 180,000 penerima bantuan tunai bulanan di semenanjung Malaysia
00:47bagi menampung sebahagian kos pembelian diesel pada harga pasaran.
00:51Selain itu, kira-kira 70,000 kenderaan komersial dan pengangkutan barangan di Sabah, Sarawak dan wilayah Persekutuan Labuan
00:58kini layak membeli diesel bersubsidi pada harga RM2.15 selita di bawah SKDS atau Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi.
01:08MOF memaklumkan pelaksanaan subsidi bahan api itu adalah untuk memastikan rakyat yang layak tidak perlu membayar harga pasaran penuh
01:16sekaligus membantu mengurangkan tekanan kos hidup, melindungi sektor penting yang bergantung kepada bahan api dan menyokong pertumbuhan negara.
01:24Akses awal budi diesel bagi pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak di semenanjung Malaysia
01:29berjalan lancar sejak dibuka pada 27 Jun dan merekodkan kira-kira 80,000 transaksi setakat 12 tengah hari Selasa.
01:38MOF turut memaklumkan pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jeep yang layak boleh memohon tambahan kuota 100 liter sebulan
01:46melalui portal rasmi budi madani tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Comments