Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam konteks itu, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), berperanan penting sebagai mekanisme semak dan imbang dengan memberikan pandangan bebas dan kritikal, bagi memperkukuh keberkesanan usaha pencegahan rasuah.
Transcript
00:00Pertemu kembali, usaha membanteras rasuah tidak boleh dikala satu institusi semata-mata, sebaliknya meruntut kerjasama erat antara institusi penguatkuasaan, badan
00:10penasihat, parlimen, sektor awam, sektor swasta serta seluruh masyarakat.
00:16Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam konteks itu jawatan kuasa khas mengenai rasuah atau JKMR dan lembaga penasihat
00:24pencegahan rasuah LPPR berperanan penting sebagai mekanisme semak dan imbang dengan memberikan pandangan bebas dan kritikal bagi memperkukuh keberkesanan usaha
00:35pencegahan rasuah.
00:39Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata ketika di parlimen, beliau menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan kepada anggota baharu JKMR dan
00:48LPPR selepas mendapat perkenan yang dipertuan agung.
00:51Beliau menyampaikan amanat kepada anggota yang baharu dilantik supaya membulatkan tekad dalam memperkukuh agenda pencegahan rasuah.
00:59Beliau berkata meskipun mereka datang daripada pelbagai latar belakang, anggota yang dilantik berkongsi satu amanah untuk memperkasakan usaha membanteras rasuah
01:09demi kepentingan negara.
01:11JKMR diwujudkan secara perundangan mengikut Seksyen 14 Akta SPRM 2009 Akta 694 dan ahli-ahli JKMR dilantik oleh yang dipertuan
01:22agung dalam kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat mewakili parti pemerintah dan pembangkang.
01:29Sementara LPPR diwujudkan mengikut Seksyen 13 Akta SPRM 2009 Akta 694 dan ahli-ahli dilantik oleh yang dipertuan agung dalam
01:39kalangan orang berintegriti dan memberikan perkhidmatan awam cemerlang atau mencapai keunggulan dalam profesyon masing-masing.
01:47Sementara itu SPRM dalam kenyataan pada selasa memaklumkan 5 individu dilantik yang dipertuan agung sebagai ahli JKMR dan ahli LPPR
01:56bagi tempoh 3 tahun.
01:58Berkuatkuasa mulai 3 Jun 2026 hingga 3 Jun 2029.
Comments

Recommended