Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook berkata hukuman itu diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM bersidang Selasa (30 Jun).
Transcript
00:00Empat daripada enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara MRSM di Johor yang terlibat dengan kes buli sudah disingkirkan.
00:08Perkara itu disahkan pengerusi Majlis Amanah Rakyat Mara, Datuk Ashraf Wajdi Dusuki.
00:15Ashraf Wajdi menerusi hantaran di Facebook berkata hukuman itu diputuskan oleh Jawatan Kuasa Disiplin Maktab atau JDM MRSM bersidang pada
00:24Selasa.
00:27Beliau berkata dua lagi pelajar digantung sekolah sehingga pengesahan diperoleh daripada pihak polis yang melakukan siasatan sama ada mereka turut
00:35melakukan sentuhan fizikal terhadap mangsa.
00:37Namun Ashraf Wajdi berkata amaran berulang kali diberikan sambil menambah you touch you go.
00:45Dalam hantaran sama beliau berkata pelajar-pelajar junia yang didakwa membawa barang terlarang turut disiasat.
00:51Katanya apa juga kesalahan yang dibuat oleh pelajar junia tidak sesekali menghalalkan perbuatan buli dengan mengambil tindakan sendiri menghukum pelajar
01:02-pelajar terbabit.
01:03Beliau juga memberi penghargaan kepada pihak bahagian pendidikan menengah marah dan jawatan kuasa disiplin Maktab kerana mengambil tindakan segera dengan
01:11membuat siasatan dan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 24 jam sepagaimana arahan diberikan.
01:17Pada ahad, polis menahan enam pelajar lelaki berusia 17 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes buli membabitkan seorang pelajar lelaki
01:26berusia 14 tahun di sebuah MRSM di Bua pada Mei Lepas.
Comments

Recommended