Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, pencalonan Alwiyah Talib di Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau diterima baik di peringkat akar umbi walaupun isu penyandang kerusi berkenaan menyertai Bersatu terus dimainkan pihak lawan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Onn Hafiz berkata, penerimaan itu selari dengan semangat Rumah Bangsa yang digagaskan Presiden UMNO, selain menyifatkan Alwiyah sebagai pemimpin yang mempunyai rekod perkhidmatan kepada rakyat.
Transcript
00:00Tadi itu, pengurusi Barisan Nasional Johor, Dr. On Hafiz Ghazi menegaskan pencalonan Al-Wiyah Talib di Dewan Undangan Negeri Endow
00:07diterima baik di peringkat akar umbi
00:09walaupun isu penyandang kerusi berkenaan menyertai bersatu terus dimainkan oleh pihak lawan.
00:14Jelas beliau, penerimaan itu selari dengan semangat rumah bangsa hasil gagasan Presiden UMNO.
00:20Selain menyifatkan Al-Wiyah yang berdepan tiga pencabar dalam PRN kali ini, sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat.
00:27Seperti yang kita boleh lihat hari ini, kita bersyukur dengan konsep rumah bangsa yang digagaskan oleh Presiden
00:36dan di peringkat akar umbi boleh menerima Kak Wee kembali ke pangkuan Barisan Nasional
00:44dan kita semua tahu bahawa Kak Wee adalah pemimpin yang baik yang walaupun beliau sebelum ini pengimbang
00:52sentiasa buat kerja demi rakyat dan Alhamdulillah kita dapat tima beliau kembali ke pangkuan Barisan Nasional
00:59dan demi bangsa Johor tidak ada masalah untuk kita teruskan perjuangan.
01:06Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended