Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kesan konflik di Asia Barat terhadap jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia dan kesiapsiagaan aset serta anggota keselamatan di Langkawi dalam menangani ancaman aktiviti penyeludupan migran antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Transcript
00:00Kesan konflik di Asia Barat terhadap jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia dan kesiap-siagaan aset serta anggota keselamatan di
00:07Langkawi dalam menangani ancaman aktiviti penyelurupan migran antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
00:14Menurut aturan urusan mesyuarat di portal Parlimen, isu berkenaan akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab risan.
00:23Aliparlimen Kuala Kedah Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrudrazi meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mendedahkan sejauh mana konflik di Asia Barat
00:32memberi kesan kepada jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia, khususnya dari pasaran Asia Barat dan Eropah.
00:39Beliau juga ingin tahu apakah strategi kerajaan bagi mengekalkan momentum pertumbuhan sektor pelancongan.
00:45Dalam sesi sama, Aliparlimen Langkawi Datuk Mohamad Suhaimi Abdullah meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana tahap kesiap-siagaan aset
00:53dan anggota agensi keselamatan di Langkawi bagi menangani ancaman aktiviti penyelurupan migran atau barang kawalan serta pencerobohan perairan.
01:03Ini memandangkan kedudukannya berhampiran sempadan Malaysia dan Thailand selain ingin tahu adakah kementerian bercadang untuk memwujudkan penggunaan aset drone UAV.
01:13Sementara itu, Aliparlimen Tenggara Manzri Nasib pula meminta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan sejauh mana keberkesanan dana tambahan
01:22pemindahan fiskal ekologi EFT dan program komuniti perhilitan dalam mengurangkan konflik manusia dan gajah.
01:30Beliau juga ingin tahu apakah plan sinergi kementerian bersama agensi berkaitan bagi mempeluas penggunaan pagar elektrik gajah bagi melindungi keselamatan
01:39penduduk setempat.
01:40Pada sesi itu, Aliparlimen Puncak Borneo, Datuk Willy Anak Mongin pula mahu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan mengenai jumlah
01:49rumah mampu milik yang masih belum terjual mengikut negeri dan kategori harga serta kadar sebenar pemilikan rumah dalam kalangan golongan
01:57muda berumur bawah 35 tahun mengikut negeri dan kawasan parlimen.
02:01Turut dijadwalkan dalam mesyuarat adalah pembentangan rang undang-undang RUU kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak pindaan 2026 bagi bacaan
02:11kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta rang undang-undang sistem insurans pekerjaan pindaan 2025.
02:18Mesyuarat kedua penggal kelima parlimen kelima belas Dewan Rakyat berlangsung selama 16 hari sehingga 16 Julai.
Comments

Recommended