Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Dalam notis amaran terbaharu, agensi itu memaklumkan risiko pelanggaran gencatan senjata masih wujud dalam jangka pendek, terutama di sekitar Selat Hormuz serta ruang udara berhampiran.
Transcript
00:00Syarikat penerbangan antarabangsa digesa supaya terus mengelak menggunakan ruang udara Iran, Irak dan Lubnan buat masa ini meskipun perjanjian interim
00:08antara Amerika Syarikat dan Iran telah dimeterai.
00:11Seruan itu dibuat Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah, YASA, dalam notis amaran terbaharu.
00:19Lapor Al-Jazeera, agensi itu memaklumkan risiko pelanggaran gencatan senjata masih wujud dalam jangka pendek terutama di sekitar selat hormus
00:27serta ruang udara berhampiran.
00:29EASA turut menekankan keadaan keselamatan kekal tidak stabil, susulan gencatan senjata yang rapuh di antara tentera Israel dan pejuang Hezbollah
00:38selain kemungkinan berlakunya aktiviti ketenteraan secara tiba-tiba.
00:42Selain tiga negara terbabit, syarikat penerbangan komersial juga dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengendalikan penerbangan di ruang udara
00:50beberapa negara lain di Asia Barat.
00:52Ini termasuk Bahrain, Kuwait, Israel, Jordan, Qatar, Oman, Emiriyah Arab Bersatu dan Arab Saudi.
01:00Menurut agensi itu, lanjutan tempoh nasihat zon konfig sehingga 1 Julai dibuat bagi memastikan keselamatan operasi penerbangan daripada sebarang ancaman.
01:10Walaupun tahap risiko keselamatan keseluruhan di rantau berkenaan menunjukkan tanda penurunan, EASA menegaskan keadaan masih tidak menentu dan boleh berubah
01:19secara mendadak pada bila-bila masa.
Comments

Recommended