Skip to playerSkip to main content
'Saya terkejut, bukan mahu lari' - Pemandu lori dicekup sembunyi dalam longkang

"Saya terkejut, bukan mahu lari."

Dakwa seorang pemandu lori warga Indonesia yang cuba meloloskan diri ketika ditahan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) di Bandar Puteri, Puchong pada Selasa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784044/berita/semasa/saya-terkejut-bukan-mahu-lari---pemandu-lori-dicekup-sembunyi-dalam-longkang

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PemanduLori #Rohingya #JPJ
Transcript
00:03Dakwa seorang pemandu lori warga Indonesia yang cuba meloloskan diri ketika ditahan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ
00:12dalam Ops Pemandu Warga Asing di Bandar Puteri Puchong pada Selasa.
00:17Bagaimanapun cubaan lelaki berusia lingkungan 30-an itu gagal apabila dia berjaya dikesan bersembunyi dalam longkang berdekatan.
00:24Individu terbabit mendakwa menggantikan rakannya untuk memandu lori terbabit ke sebuah tapak pembinaan.
00:30Pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati lelaki itu tidak memiliki lesen memandu yang sah selain pasport miliknya turut tamat tempoh.
00:38Dalam pada itu, seorang lelaki etnik Rohingya ditahan selepas didapati menunggang motosikal roda 3 tanpa kebenaran.
00:46Individu itu mendakwa menyewa motosikal itu dengan harga sekitar RM10 sehari daripada pemilik yang juga merupakan warga asing.
00:54Lelaki terbabit mendakwa kenderaan itu digunakannya untuk mengangkut barangan terpakai yang dikutip di sekitar kawasan perumahan di kawasan ini.
01:02Semakan dijalankan pegawai JPJ bertugas mendapati individu ini merupakan pemegang kad pelarian UNHCR serta tidak memiliki lesen memandu sah.
01:12Pemeriksaan lanjut turut mendapati individu berkenaan pernah beberapa kali disaman sebelum ini atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
01:20Operasi bersepadu bermula jam 10 pagi itu dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya MBSJ.
01:29Kesenua kenderaan yang ditahan dalam operasi ini kemudiannya dibawa ke kawasan perpustakaan Hypermedia MBSJ untuk tindakan lanjut.
Comments

Recommended