Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Seorang bekas ahli NGO didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas 158 pertuduhan membabitkan pemindahan dana organisasi berjumlah RM98.27 juta.
Transcript
00:00Seorang bekas ahli pertubuhan Ikram Hurus Langort mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Syah Alam pada selasa atas 158 pertuduhan
00:09menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan membabitkan dana berjumlah RM98.27 juta.
00:16Tertuduh Fakruddin Abdul Karim yang berusia 57 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Muhammad Nasir Nordin selepas semua pertuduhan
00:24dibacakan dan memohon agar kes berkenaan dibicarakan.
00:29Bagi 149 pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memindahkan dana NGO berjumlah RM81.95 juta ke akaun sebuah syarikat pengurusan yang mempunyai
00:40kepentingan terhadap dirinya.
00:41Bagi pertuduhan ke-150 hingga ke-158, lelaki berkenaan didakwa mengarahkan pemindahan dana NGO itu ke dua akaun peribadinya sendiri
00:50membabitkan jumlah RM16.32 juta.
00:53Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pertubuhan Ikram Malaysia, Cawangan Hulu Selangor di Bukit Beruntung antara 6 Januari 2021
01:01hingga 6 Ogos 2025.
01:04pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23-1 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di
01:14bawah Seksyen 24-1 Akta Sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda sekurang-kurangnya 5 kali ganda
01:22nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
01:26Setelah mengambil kira kesalahan tertuduh, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin selain mengarahkan pasportnya diserahkan kepada
01:35mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendawaan sehingga perbicaraan selesai.
01:39Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 7 Ogos depan. Siasatan menerusi UPSutera sebelum ini mendedahkan penyelewengan dana awam berjumlah RM230
01:49juta dengan SPRM turut menyita pelbagai aset dan membekukan 33 ekon bank yang mengandungi kira-kira RM120 juta.
Comments

Recommended