Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Romelu Lukaku memberi impak segera selepas masuk sebagai pemain gantian apabila memaksa Mesir menjaringkan gol sendiri, sekali gus membantu Belgium mencatat keputusan seri 1-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan G Piala Dunia 2026 di Stadium Seattle, awal pagi tadi.
Transcript
00:00Romelu Lukaku memberi impak segera selepas masuk sebagai pemain gantian apabila memaksa Mesir menjaringkan gol sendiri sekaligus membantu Belgium mencatat
00:09keputusan seri 1-1 dalam aksi pembukaan kumpulan G Piala Dunia 2026 Stadium Seattle awal pagi tadi.
00:17Gol penyamaan Belgium hadir hanya 28 saat selepas Lukaku dimasukkan pada minit ke-66 sekaligus menafikan hasrat Mesir untuk meraih
00:27kemenangan pertama dalam penampilan ke-4 mereka di pentas Piala Dunia.
00:33Mesir mendahului milisi pemain tengah Imam Ashur yang menjaringkan gol antarabangsa pertamanya milisi rimbatan menarik dari luar kotak penalti.
00:41Gol itu adalah jaringan pertama Ashur dalam penampilan ke-30 bersama skuad kebangsaan Mesir.
00:47Belgium meningkatkan rentak permainan sebaik babak kedua bermula dan lebih banyak memberi tekanan di kawasan penalti Mesir.
00:53Muhammad Salah hampir menggandakan kelebihan Mesir, milisi tandukkan pada minit ke-55 namun Thibaut Katoa bertindak cemelang.
01:04Omar Marmush turut memperolehi peluang tetapi percubaannya tersasar selepas terkena benteng pertahanan lawan.
01:10Belgium kemudian memasukkan Lukaku pada minit ke-66 bagi menambah kekuatan fizikal di bahagian serangan.
01:18Hanya beberapa saat kemudian penyerang Napoli itu berjaya memecah masuk di antara dua pertahanan Mesir
01:24untuk menyambut hantaran lintang Thomas Menuer sebelum memaksa pertahanan Mesir,
01:29Muhammad Hani tertampan bola kegawang sendiri dalam situasi kelam kabut di hadapan gol.
01:35Kepesan itu menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dalam aksi pembukaan kumpulan G.
Comments

Recommended