Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Setahun selepas nahas meragut 260 nyawa, siasatan masih diteruskan tanpa jawapan muktamad. Laporan awal mencetuskan perdebatan mengenai punca sebenar, sama ada faktor teknikal atau manusia.
Transcript
00:00Nahas Air India 171 yang terhempas ke dalam kawasan kampus sebuah kolej perubatan sejurus berlepas dari bandar Ahmedabad di barat
00:08India sudah genap setahun.
00:10Malangnya, selepas setahun menunggu, ahli keluarga mangsa masih belum mendapat jawapan mutlak apa sebenarnya yang berlaku dalam nahas yang mengorbankan
00:18260 nyawa itu.
00:22Kemas kini yang dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India AAIB pada ulang tahun pertama tragedi itu pada hari Jumaat
00:30memberikan sedikit pertunjuk baharu.
00:32Ia hanya mendedahkan analisis data perakam penerbangan, sistem pesawat, komponen enjin, rekod penyelenggaraan dan faktor manusia masih sedang dijalankan.
00:42Laporan awal yang diterbitkan pada Julai lalu mendapati bahawa beberapa saat selepas berlepas, Swiss Kawalan Bahan Api Pesawat Boeing 787
00:51Dreamliner berusia 12 tahun itu tiba-tiba beralih ke kedudukan cut-off menyebabkan kedua-dua enjin kekurangan bahan api dan
00:58mencetuskan kehilangan kuasa sepenuhnya.
01:01Walaupun proses berlepas dan mendarat merupakan fasa paling bersiko dalam penerbangan, kemalangan maut sejurus selepas pesawat terbang dari nandasan jarang
01:09berlaku.
01:10Boeing mendapati hanya 14% kemalangan jet global antara 2004 hingga 2013 berlaku semasa berlepas dan pendakian awal. Airbus pula
01:20menganggarkan angka itu sekitar 5%.
01:22Penemuan laporan awal bahawa Swiss Kawalan Bahan Api bergerak sejurus sebelum kedua-dua enjin kehilangan kuasa telah mencetuskan spekulasi dalam
01:31sebahagian media luar bahawa tindakan juru terbang mungkin menjadi punca utama tragedi itu.
01:36Namun ini mencetuskan bantahan daripada kumpulan juru terbang, aktivis keselamatan dan peguam keluarga mangsa yang menyatakan fokus terhadap kokpit telah
01:46mendahului bukti yang ada.
01:48Ketua Persekutuan Juruterbang India berpendapat penyiasat perlu memberi perhatian lebih kepada keadaan teknikal pesawat termasuk mesej pemantauan kesihatan yang disulitkan
01:57yang dihantar sebelum dan semasa penerbangan.
02:00Walau bagaimanapun, laporan awal tidak menyebut sebarang mesej sedemikian.
02:05Menurut seorang penyiasat berpangkalan di Canada yang enggan dinamakan, siasatan ini menjadi luar biasa kontroversi kerana terlalu banyak pihak berkepentingan
02:14mempunyai kepentingan tersendiri terhadap keputusannya.
02:18Namun, keluarga gekal tidak mendapat pengakhiran yang sepatutnya.
Comments

Recommended