00:00Memorandum Persefahaman MOU Iran bersama Amerika Syarikat telah dimuktamadkan sekaligus menamatkan peperangan dan operasi ketenteraan di semua medan secara serta
00:10-merta.
00:10Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran memaklumkan perjanjian itu dicapai pada malam Ahad dan telah mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan.
00:22Berdasarkan MLU tersebut, semua operasi ketenteraan dan peperangan termasuk di Lubnan dihentikan serta-merta dan secara kekal.
00:30Iran juga menyatakan sekatan laut yang dikenakan oleh Amerika Syarikat akan ditamatkan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.
00:38Dokumen berkenaan di jadual ditandatangani secara rasmi pada 19 Jun manakala rundingan mengenai perjanjian akhir akan diteruskan selepas kedua-dua
00:48pihak memenuhi komitmen masing-masing.
00:51Sebelum itu, Perdana Menteri Pakistan Sheebal Sharif memaklumkan bahawa Amerika Syarikat dan Iran telah mencapai perjanjian damai selepas rundingan tersebut.
01:01Presiden Amerika Syarikat Donald Trump turut menyatakan perjanjian antara kedua-dua negara kini selesai dan beliau telah mengarahkan penamatan serta
01:10-merta sekatan laut terhadap pelabuhan Iran.
01:13Timbalan Menteri Luar Iran bagi hal ehwal undang-undang dan antarabangsa Kazim Garibabadi berkata MOU itu bukan sahaja hasil usaha
01:23diplomatik, malah mencerminkan kejayaan strategik ketenteraan Iran.
01:27Beliau menegaskan teks perjanjian akan diterbitkan selepas ditanda tangani secara rasmi dan Iran akan memantau pematuhan Amerika Syarikat terhadap semua
01:36komitmen yang dipersetujui.
01:39Selepas menanda tangani MOU, kedua-dua negara dijadual meneruskan rundingan selama 60 hari bagi mencapai perjanjian mutamat termasuk berkaitan program
01:49nuklear Iran dan penarikan sekatan ekonomi.
Comments