Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Sebanyak 5,953 pegawai dan anggota PDRM bersama pasukan sokongan dikerahkan sepanjang PRN Negeri Sembilan bagi memastikan keselamatan, kelancaran proses mengundi serta pemantauan aktiviti kempen berjalan terkawal.
Transcript
00:00Hampir 6,000 pegawai serta anggota polis diraja Malaysia PDRM, kontingen Negeri Sembilan akan ditugaskan sepanjang tempoh pilihan raya negeri
00:09PRN Negeri Sembilan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar dan terkawal.
00:14Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Al-Zafni Ahmad, daripada jumlah itu seramai 4,845 terdiri daripada pegawai kanan polis
00:24dan anggota rendah manakala selebihnya merupakan pasukan sokongan termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Pasukan Sukarelawan Polis.
00:35Tambahnya, kesemua anggota dilaporkan berada pada tahap kesiapsaagaan tinggi melalui pelbagai persiapan rapi yang telah disusun lebih awal.
00:42Persiapan merangkumi aspek keselamatan, kawalan lalu lintas, pemantauan aktiviti kempen, penguatkuasaan undang-undang dan kesiapsaagaan menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh
00:53pilihan raya.
00:54Polis juga akan melaksanakan penilaian berterusan dan tidak menolak kemungkinan mendapatkan bantuan tambahan daripada kontingen lain sekiranya diperlukan bagi memperkuku
01:04operasi.
01:04Sementara itu, pihak polis menegaskan komitmen untuk menghormati hak semua pihak menjalankan aktiviti kempen seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.
01:13Menurut Azzafni, tahap kawalan keselamatan akan dipertingkatkan bagi memastikan setiap aktiviti termasuk ceramah, perarakan parti dan program berkaitan pilihan raya
01:22dapat dilaksanakan dalam keadaan aman.
01:24Beliau tegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melanggar undang-undang atau melakukan perbuatan yang
01:33boleh mengganggu ketenteraan awam dan menjejaskan proses demokrasi.
01:37Sebuangan itu, beliau menyeru agar semua parti politik, calon, penyokong dan orang ramai supaya mengamalkan budaya politik matang, menghormati perbezaan
01:46pandangan dan sentiasa mematuhi undang-undang sepanjang tempoh kempen.
01:49Pada 12 Jun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya SPR menetapkan hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos, manakala penamaan
01:58calon ditetapkan pada 18 Julai dan pengundian awal pada 28 Julai.
Comments

Recommended