Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Malaysia terus mengorak langkah menarik pelaburan asing meskipun berdepan tekanan geopolitik, dengan FDI suku pertama 2026 mencecah RM92.8 bilion yang diluluskan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata Jepun muncul pelabur terbesar menerusi komitmen RM21.5 bilion, khususnya dalam sektor digital dan transformasi teknologi.
Transcript
00:00berdepan dengan tekanan geopolitik ini,
00:04kita juga kena terus mengorak langkah untuk peluang
00:07untuk mengekalkan prestasi yang ada.
00:10Jadi sebagai contoh untuk angka yang lebih spesifik
00:14yang mana untuk gambaran keseluruhan pelaburan asing FDI,
00:19untuk suku pertama, kita mencatatkan RM92.8 bilion yang telah diluluskan.
00:27Dan di sini juga agak menarik bila saya tengok tracking,
00:31somehow pelaburan terbesar itu datang daripada Jepun,
00:35RM91.5 bilion, yang mana diperuntukkan khusus
00:38bagi sektor digital dan transformasi teknologi.
00:41Tapi sudah pasti negara yang memang banyak dari segi dagangan
00:46dengan kita, China dan Amerika Syarikat,
00:49masing-masing mencatatkan nilai pelaburan yang sama,
00:53RM10.1 bilion.
00:56Sementara itu, selain kita bercakap soal FDI,
01:00di peringkat kita juga, kita kena pastikan bahawa
01:03pelaburan domestik itu terus berlaku
01:06yang menunjukkan bahawa pelaburan itu
01:09sekitar RM36.6 bilion.
01:13peningkatan sebanyak 13% berbanding suku pertama, 2025.
01:18Cuma sudah pasti cabaran kita adalah pelbagai keadaan yang berlaku
01:25ini juga jika kita nilaikan, maksudnya kalau tengok dari segi
01:31perdagangan, masih mengekalkan angka yang baik RM336.7 bilion,
01:38yang mana ada peningkatan 28% berbanding dengan April 2025,
01:45nilai ekspor juga masih menunjukkan lonjakan 36.9%,
01:51iaitu nilainya RM182.7 bilion dan import itu pun terus berlaku.
01:57Cuma kita tahu juga bila bertempat dengan krisis,
02:01ada juga langkah-langkah transloading dan sebagainya itu
02:05menyebabkan kita kena terus exit di
02:10ruang untuk pelaburan masuk supaya ia mengekalkan momentum yang baik.
Comments

Recommended