00:00Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan AKPS Bukit Kayu Hitam menyita lebih 26,000 kg ayam sejuk beku bernilai RM208,320
00:10yang disyaki menggunakan sijil halal palsu untuk tujuan pengimportan ke negara ini pada 8 Jun lalu.
00:18Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Fauzi Muhammad Yusuf berkata penahanan itu dilakukan pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia
00:27Makis di Kompleks Immigration Custom Kuarantin dan Keselamatan ICQS di Bukit Kayu Hitam selepas menerima pengisytiharan import daripada ejen pengimport
00:38bagi tujuan pemeriksaan serta pengesahan.
00:42Dalam kenyataan pada Ahad, beliau berkata, semakan awal mendapati wujud keraguan terhadap sijil halal yang dikemukakan apabila maklumat dalam sistem
00:51tidak sepadan dengan maklumat pada sijil berkenaan.
00:55Katanya perkara itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim bagi tujuan pengesahan dan pada 12 Jun, laporan mendapati
01:03sijil halal yang dikemukakan adalah palsu.
01:06Susulan itu, tindakan penahanan dan penyitaan dilaksanakan bagi membolehkan siasatan serta tindakan lanjut diambil oleh pihak makis.
01:15Siasatan awal mendapati ejen atau wakil pengimport dipercayai menggunakan dokumen palsu bagi melepasi pemeriksaan agensi penguatkuasa.
01:23Pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud sindiket yang terlibat dalam pengeluaran dan penggunaan sijil halal palsu bagi tujuan pengimportan produk makanan
01:32ke Malaysia.
01:32Selain muatan ayam sejuk beku itu, Fauzi berkata sebuah trailer yang digunakan untuk membawa konsainan berkenaan turut ditahan menjadikan keseluruhan
01:42nilai sitaan berjumlah RM233,320.
01:46Terima kasih.
Comments