Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Malaysia kekal berada dalam keadaan stabil dengan bekalan bahan api, makanan dan ubat-ubatan mencukupi hasil langkah awal kerajaan dalam pengurusan krisis, meskipun krisis global berlarutan.
Transcript
00:00Bertemu kembali, Malaysia berada di dalam kedudukan kukuh dengan bekalan bahan api, makanan serta ubat-ubatan penting kekal stabil, susulan
00:09pelaksanaan intervensi awal serta pengurusan krisis yang tersusun ketika mana krisis global kini melebihi hari ke-100.
00:17Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nur Hisham Hussein berkata, negara berjaya berada di kedudukan ketika ini disebabkan keutamaan utama yang diletakkan
00:26oleh kerajaan sejak krisis global itu bermula iaitu untuk memastikan bekalan barangan dan perkhidmatan penting tidak terjejas.
00:37Ujarnya dari segi bekalan bahan api, negara mempunyai stok mencukupi sehingga Julai di samping persiapan sedang dibuat bagi mastikan kelangsungan
00:44bekalan untuk bulan berikutnya.
00:46Manakala bagi bekalan makanan pula, negara mempunyai bekalan yang lebih daripada mencukupi dalam semua kategori utama termasuk beras, ayam, telur,
00:55makanan laut, sayur-sayuran serta buah-buahan.
00:58Beliau menjelaskan bahawa kebimbangan berkaitan keterjaminan makanan masih berada dalam keadaan terkawal dengan sebarang kesan ketara akibat gangguan bekalan global
01:06hanya dijangka berlaku dalam tempoh yang lebih lewat.
01:08Menurut Nur Hisham, bagi produk seperti ayam dan telur, kitaran pengeluaran yang lebih pantas iaitu sekitar 40 hari membolehkan bekalan
01:16terus stabil.
01:18Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa tiada kebimbangan serius berkaitan aspek bekalan makanan dalam negara.
01:24Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended