Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Aliran keluar masuk di ICQS Kelantan meningkat hingga 10,000 sehari ketika cuti, walaupun amaran keselamatan Wisma Putra kekal. Polis ingatkan risiko sukar diramal, selain kekurangan produk pelancongan tempatan dikenal pasti sebagai faktor.
Transcript
00:00Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusof Mamad mendedahkan keinginan untuk merasai pengalaman bercuti di luar negara dikesan menjadi antara faktor
00:09utama yang mendorong ribuan rakyat Malaysia mengabaikan amaran keselamatan dan sanggup beratur panjang bagi memasuki Selatan Thailand, terutama pada musim
00:18perayaan dan cuti persekolahan.
00:20Katanya tinjauan harian di tiga pintu masuk sah atau Kompleks Immigration Custom Quarantin dan Keselamatan ICQS di negeri ini iaitu
00:30rantau panjang di Pasir Mas, pengkalan kubur di Tumpat dan Bukit Bunga di Tanah Merah menunjukkan aliran keluar masuk yang
00:38tinggi.
00:40Beliau berkata pada hari biasa, kira-kira 3,000 individu direkodkan melintasi sempadan meningkat kepada lebih 4,000 pergerakan pada
00:48hujung minggu.
00:48Menurut beliau, apabila tiba musim citi sekolah, jumlah itu meningkat dengan ketara sehingga mencecah antara 6,000 dan 7,000
00:55orang sehari.
00:57Secara keseluruhan, katanya, pergerakan keluar masuk pemegang pas sepadan dan pasport boleh mencecah 10,000 orang sehari.
01:04Sementara itu, ujah beliau, pihak polis sentiasa mengingatkan orang ramai bahawa situasi keselamatan di Selatan Thailand sukar diramal, iaitu sentiasa
01:12terdedah kepada insiden letupan atau tembakan pada bila-bila masa.
01:16Beliau turut mengingatkan bahawa amaran perjalanan yang dikeluarkan Wisma Putera sejak tahun lalu masih berkuat kasa sehingga kini, tetapi ramai
01:24rakyat Malaysia tidak mengendahkannya dan tetap sanggup beratur panjang untuk masuk ke Selatan Thailand.
01:30Mengulas faktor yang mendorong orang ramai berkunjung ke wilayah berkenaan, Muhammad Yusof berkata berdasarkan pemerhatian, Kelantan masih memerlukan lebih banyak
01:38produk pelancongan dan lokasi rekreasi keluarga yang mampu menarik minat penduduk tempatan untuk bercuti dalam negeri.
01:46Terima kasih telah menonton!

Recommended