Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Setiausaha Pemuda AMANAH Nasional, Ahmad Shahir Mohd Shah berkongsi pengalaman berbual dengan seorang pengundi muda yang menceritakan kehendaknya untuk memilih calon wakil rakyat yang berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Setiausaha Pemuda Amanah Nasional Ahmad Syahir Mohd Syah berkongsi pengalaman berbual dengan seorang pengundi muda yang menceritakan kehendaknya untuk
00:10memilih calon wakil rakyat yang berusia antara 30 hingga 40 tahun.
00:15Jelasnya, pemilihan itu dibuat mengambil kira faktor tenaga untuk berkhidmat dan faktor jurang bahasa untuk berkomunikasi mengenai isu-isu setempat.
00:26Sebab, yang kedua, umur dia mana yang dia nak? Dia nak umur, sebab kita tanya dia, dia kata kami nak
00:36cari umur antara 30 ke 40.
00:40Saya tanya, eh kenapa tak umur lebih kurang kamu 25? Saya kata, saya Sadiq 25 kot jadi Menteri. Oh no,
00:47kami kenal diri kami.
00:49Kami kenal diri kami ketika itu. Of course lah, sebab itu dia main PC dalam main game dalam Jabatan Menteri
00:54kan?
00:54main goh dalam Jabatan Menteri. Kalau orang yang sebaik dengan dia, dia tahu belum boleh untuk capai apa yang kami
01:03nak.
01:04So, dia kata kami cari yang antara 30 ke 40.
01:07Dalam temu bual sama, Sarjana Syivning dalam komunikasi politik Daniel Tio Pula berkata,
01:12parti-parti politik harus memberi tumpuan kepada sekumpulan pengundi yang memendam rasa tidak percaya dan tidak berpuas hati
01:19terhadap ketidakupayaan orang politik menyesaikan isu poket rakyat yang membanding mereka.
01:25Kadang-kadang saya rasa kita terlepas pandang satu golongan.
01:28Kita biasa kalau sejarah mudahnya, kita ada golongan pemodal dan pekerja, contohnya.
01:32Baru-baru ini ada satu term yang disebut sebagai precariat.
01:36Precariat ini orang yang dia tak ada kerja atau dia ada kerja tapi hilang kerja.
01:41Dia cari kerja, hilang kerja.
01:42Dia banyak menghabiskan masa dan tenaga untuk mencari kerja.
01:46Dan masa-masa itu tidak dibayar.
01:48Maksudnya dia luang sendiri.
01:50Gig worker pun tertergolong sebagai precariat.
01:53Golongan ini biasanya marah dengan sistem.
01:55Semua parti politik dia meluat.
01:57Semua orang politik dia tak percaya.
01:59Pelaburan besar, dasar dan sebagainya dia tak pandang.
02:02Sebab dia pun sibuk nak hidup dan dia marah.
02:05Pandangan berkenaan dikongsikan dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.
02:08Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi
02:13bagi Pilihan Raya Negeri Johor dan 1 Ogos bagi PRN Negeri Sembilan.

Recommended