00:00Bertemu kembali. Strategi Pembudayaan Integriti Nasional atau NIS dilancarkan secara rasmi sebagai satu langkah baru kerajaan bagi memperkukuhkan budaya integriti
00:12dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
00:15Peluncuran strategi itu diadakan bersempena sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2026 di Pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu dengan tema
00:25Bersama Membina Negara Bangsa.
00:28Menurut Institut Integriti Malaysia, NIS menjadi pelengkap kepada usaha memperkukuh perpaduan nasional dengan memberi penekanan kepada pembentukan masyarakat yang beretika,
00:38bertanggungjawab dan beramanah.
00:40Sebagai strategi nasional, NIS digubal bagi membudayakan integriti secara menyeluruh, merentasi pelbagai lapisan masyarakat termasuk keluarga, komuniti, institusi pendidikan, sektor
00:52awam dan swasta, institusi politik, pertubuhan masyarakat sivil, belia serta institusi agama dan sosial.
00:59NIES turut melengkapi usaha nasional terdahulu seperti Pelan Integriti Nasional, Pelan Anti-Rasuah Nasional dan Strategi Pembantrasan Rasuah Nasional dengan
01:09memberi tumpuan khusus kepada pembentukan budaya integriti dalam kehidupan seharian.
01:14Strategi itu dibangunkan berteraskan tiga teras utama iaitu pendidikan dan pembinaan insan berintegriti, tatbir urus dan institusi beretika serta komuniti
01:24dan jangkauan budaya berintegriti.
01:27Pelaksanaannya akan diterajui oleh IIM dengan sokongan pelbagai kementerian, agensi, sektor swasta, institusi pendidikan dan komuniti melalui pendekatan kolaboratif.
01:38Pemilihan Sabah sebagai tuan rumah sambutan minggu perpaduan turut mempunyai makna tersendiri kerana kepelbagaian etnik dan budaya yang hidup dalam
01:46suasana harmoni di negeri itu menjadi contoh perpaduan nasional.
01:50Melalui sinergi antara agenda perpaduan dan integriti, kerajaan yakin Malaysia mampu melahirkan masyarakat yang lebih beramanah, bertanggungjawab dan bersatu padu
01:59demi kemakmuran negara.
Comments